Hantar Anak Pergi Kerja, Effort Si Ayah Lap Cermin Kereta Sebab Wiper Rosak Curi Perhatian
Kasih seorang ayah.
Ibu dan ayah adalah insan yang paling bermakna dalam hidup kita
Tanpa doa dan sokongan mereka, tidaklah kita berjaya sampai ke tahap di mana kita berada sekarang ini.
Pengorban mereka terlalu besar sehingga tidak boleh digantikan dengan wang ringgit. Selagi mereka masih ada, hargailah mereka.
Seperti video yang tular di Twitter ini apabila seorang ayah menghantar anaknya ke tempat kerja walaupun dalam keadaan wiper kereta rosak telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Lap cermin guna kain sebab wiper rosak
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu sedang merakam situasi semasa si ayah mahu menghantarnya pergi kerja.
Dapat dilihat sewaktu itu hujan turun dengan lebatnya. Namun, apa yang lebih menyentuh hati ramai adalah apabila lelaki berkenaan dilihat mengeluarkan kain untuk mengelap cerminnya kerana tidak nampak.
Difahamkan, salah satu wiper keretanya itu rosak membuatkan dia terpaksa menggunakan cara manual.
"Pernah rasa moment ni. Siap tanya abah lagi, kenapa abah lap cermin" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 360.7K views, 1,507 retweets dan 3,808 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!