Santai Cicah Roti Dengan Air, Gelagat Bapa Teman Anak Karaoke Ini Cuit Hati Ramai
Sempoi ayahnya.
Karaoke adalah salah satu aktiviti kegemaran ramai terutama bagi anak muda
Karaoke ini dapat menghilangkan stres dan juga hilangkan bosan. Kena pula dengan lagu yang kita minati, memang macam-macam emosi keluar.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila gadis berkongsi gelagat ayahnya yang selamba mencicah makanan di dalam pusat karaoke telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Santai cicah roti dengan air sambil layan anak
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi gelagat ayahnya ketika mereka berada di sebuah pusat karaoke.
Dapat dilihat dia dan adik beradiknya yang lain sedang asyik menyanyi sambil ditemani oleh ayah mereka.
Apa yang lebih mencuit hati lagi adalah ayah mereka dilihat dengan santai makan roti sambil mencicah di dalam air. Malah, dia juga siap melayan nyanyian anak-anaknya.
"Kalau bapa aku habis jajan dimakannya lepas tu dia tidur dalam tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 320.9K views, 34K likes dan 160 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!