Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Hidden Box, Bekas Kaca & Idea Lain Dekorasi Hantaran Trending Untuk Pengantin Baru

Rambang mata tengok!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Pasangan pengantin yang tidak lama lagi akan mengadakan majlis pernikahan sudah tentu pelbagai persiapan telah dibuat bukan?

Antaranya adalah pemilihan pelamin, dekorasi majlis, fitting baju, gubah kotak hantaran, food testing dan macam-macam lagi persiapan yang bakal dilakukan.

Iyalah kan, majlis perkahwinan merupakan sekali seumur hidup, sudah tentu kita mengharapkan ia berjalan dengan lancar dan sempurna mengikut cita rasa dan idaman kita.

Bagi adat Melayu, menyediakan barang hantaran untuk pasangan masing-masing adalah satu kewajiban sebagai tanda simbolik dua buah keluarga sudah terjalin ikatannya. Kebiasaannya, pihak perempuan akan berbalas barang hantaran yang lebih banyak daripada lelaki dengan 5 hingga 3, 7 hingga 5 atau 9 hingga 5.

Umumnya, barang hantaran terdiri daripada manisan seperti kek, coklat, buah-buahan, pakaian, produk penjagaan diri, sirih junjung dan wang hantaran. Bagaimana kita nak hias semua barang-barang ini pula?

Image via GIPHY

Haa, jom lihat idea gubahan dan dekorasi kotak hantaran di bawah!

1. Gubahan menggunakan bunga segar

Image via Sophia Antonio / Pinterest

Image via Nabihah Za/ Pinterest

Image via Slowmoveema / Pinterest

Perempuan mana yang tidak sukakan bunga betul tak? Penggunaan fresh flower sememangnya akan membuatkan kotak hantaran anda lebih cantik indah dan menyerlah. Bukan setakat itu, bau semerbak wangi memang akan menghiasi seluruh ruangan dewan.

Gunakan bunga yang berwarna supaya hadiah hantaran anda kelihatan lebih menonjol. Yang pastinya, warna kena sama dengan tema! Antara bunga yang sesuai ialah bunga mawar, lili, orkid, tulip, hydragea dan kekwa.

2. Gubahan menggunakan bekas kaca

Image via Pinterest

Image via Bride Story

Image via Herworld Singapore

Gubahan menggunakan bekas kaca kelihatan lebih elegan dan dan glamour. Hadiah hantaran yang diletakkan dalam bekas kaca nampak sangat mewah dan mahal. Tipsnya, jika anda nak gunakan konsep ini, pasti hadiah dalam bekas jangan terlalu banyak. 

Anda perlu susun dan tambahkan sedikit bunga atau perhiasan yang minimalis. Kalau tak nanti nampak serabut. Ingat, jangan terlalu penuh!

3. Gubahan menggunakan kain (Hidden hantaran)

Image via Fara Farella / Pinterest

Image via Azhafizah MN / Pinterest

Image via Pengantin Baru

Hidden hantaran ini menjadi semakin trending dalam kalangan pengantin sekarang. Adat ini sudah diamalkan dan digunakan sejak dulu lagi namun kini semakin ramai melupakan gubahan ini. Konsep ini sangat sesuai untuk pengantin yang menginginkan konsep minimalis dan simple.

Bukan saja semuanya tersusun rapi, malah saiz dan warna juga sama. Memang nampak kemas. Jika anda sukakan fancy, anda boleh memilih kain songket, kain batik atau kain yang bercorak. Sukakan minimalis? Boleh pilih kain lace, satin dan silk. Anda juga boleh tambah aksesori seperti bunga atau reben! 

4. Gubahan menggunakan polisterin bantal

Image via Pinterest

Image via Pinterest

Image via Pinterest

Konsep ini boleh dibuat hanya dengan DIY sendiri di rumah. Walaupun murah dan jimat duit, kecantikannya tidak kurang juga tau. Ia nampak sangat unik bila anda letakkan hadiah di atas bantal yang telah dihias.

Anda hanya memerlukan polisterin, gam dan pembalut mengikut citarasa anda. Polisterin bantal ini mudah didapati. Anda boleh cari di kedai persiapan perkahwinan. Ditambah juga dengan hiasan bunga segar dan reben, pasti lebih menarik!

5. Gubahan menggunakan kayu

Image via Winda Riyani / Pinterest

Image via Pinterest

Image via Pinterest

Konsep menggunakan gubahan kayu juga menarik dan tidak kalah cantiknya. Anda boleh menempah kayu khas yang diukir dengan nama atau boleh beli kotak yang diperbuat daripada kayu. 

Konsep dekorasi hantaran ini lebih sesuai dengan majlis pernikahan ala-ala garden, tepi pantai atau glasshouse. Memang minimalis dan cantik!

6. Gubahan menggunakan bekas terrarium

Image via NafiLin Alif / Pinterest

Image via F a t i n F a k h i r a /Pinterest

Image via Pinterest

Bukan saja kelihatan mewah dan elegan, ia juga menampilkan konsep yang unik dan luar biasa. Tidak perlu dihiasi dengan pelbagai aksesori, cukup sekadar bekas terrarium dan bunga-bunga yang cantik. 

Hadiah hantaran anda confirm nampak menyerlah. Konsep ini sesuai juga untuk tema garden dan outdoor. So cantik!

Rambang mata kan tengok? Yang mana satu jadi pilihan anda? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment