"Idea Terbaik" - Pengantin Bagi Hadiah Doorgift Isi Sayur-Sayuran Buat Ramai Teruja
Tetamu dapat masak dan makan, seronok!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi kebiasaan bagi pihak pengantin untuk menyediakan doorgift untuk tetamu yang datang ke majlis perkahwinan
Hal ini sebagai tanda penghargaan untuk para tetamu kerana sanggup meluangkan masa datang ke majlis. Ramai yang menyediakan doorgift seperti jajan, manisan, kicap dan lain-lain lagi.
Namun, baru-baru ini tular di TikTok apabila pasangan pengantin ini menyediakan doorgift yang rare telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Beri doorgift berisi sayur-sayuran untuk tetamu yang datang
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang tetamu sedang menghadiri sebuah majlis perkahwinan kenalannya.
Sebaik saja dia selesai makan dan ingin pulang ke rumah, dia menerima sebuah doorgift yang istimewa dan rare daripada tuan rumah. Dia juga sempat merakam booth doorgift itu.
Rupa-rupanya, doorgift yang disediakan berisi pelbagai jenis sayur-sayuran. Antaranya, timun, kacang panjang, peria dan lain-lain. Memang menarik dan lain daripada lain.
Image via @megat_maxx56 (TikTok)
Image via @megat_maxx56 (TikTok)
"Bagusnya, sayur pun mahal sekarang ni. Terbaik tuan rumah" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 564K tontonan, 26K tanda suka dan 700 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji pihak tuan rumah kerana inisiatifnya sangat mendapat sambutan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @megat_maxx56 (TikTok)
Image via @megat_maxx56 (TikTok)
Image via @megat_maxx56 (TikTok)
Image via @megat_maxx56 (TikTok)
Mantap idea ni, siapa yang buat majlis tu boleh lah consider bagi doorgift sayur lepas ni! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment