seismik

"Pandai Dia Berkias" - Pengantin Dapat Hadiah Kambing Dari Member Ini Buat Ramai Teruja

Halus je kiasan dia.

Cover image via @denhsx (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk memberi hadiah kepada rakan-rakan yang baru berkahwin

Antara hadiah yang biasa diterima pasangan pengantin adalah seperti barangan dapur, set cadar dan barang keperluan rumah yang lain.

Namun, tular baru-baru ini di TikTok apabila pasangan pengantin menerima hadiah rare daripada rakan mereka telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Bagi member hadiah seekor kambing, siap sempat bergambar

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang menghadiri majlis perkahwinan rakannya sambil membawa buah tangan. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia membawa seekor kambing untuk diberikan kepada pasangan pengantin. Ramai yang teruja dengan tindakan pemuda itu yang membawa hadiah di luar jangkaan. 

"Itu dia, simpan untuk akikah anak nanti" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 621K tontonan, 65K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bukan setakat paling mahal, hadiah paling rare ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: