seismik

[VIDEO] Seronok Main Badminton, Lelaki Terlopong Raket Jadi ‘Sudip’ Masa Buat Pukulan

Berat sangat tu shuttle dia!

Cover image via @abejohn69 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bermain badminton sudah menjadi hobi dan minat orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat

Kebiasaannya, orang ramai menyewa court badminton untuk bermain bersama rakan-rakan dan keluarga. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan pemuda bermain badminton tetapi lain pula jadinya semasa membuat pukulan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:


Raket bertukar jadi sudip gara-gara membuat pukulan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pemuda sedang bermain badminton di court sambil aksi dan gelagat mereka dirakam.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila salah seorang lelaki membuat pukulan yang hebat. Namun, raketnya itu bertukar menjadi bentuk sudip membuatkannya melopong dan terkedu.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Boleh la guna untuk angkat goreng pisang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 812K tontonan, 81K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Raket itu boleh buang dah bang, kalau teruskan confirm abang kalah! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: