"Kena Prank" - Gadis Tak Sengaja Rukuk Dulu Masa Solat Tarawih Ini Buat Ramai Boleh Relate
Sumpah malu!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ramai yang menanti-nantikan kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan
Hal ini demikian kerana, bulan Ramadan merupakan bulan orang Islam menunaikan ibadah supaya mendapat pahala berganda. Umat Islam diwajibkan berpuasa. Selain itu, mereka juga disunatkan untuk menunaikan solat tarawih.
Namun, dalam mengerjakan ibadah sudah tentu pasti berlaku momen indah dan lucu. Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis berlakon situasi yang ramai boleh relate masa solat tarawih telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba rukuk dulu ingatkan imam laung 'Allahuakbar'
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam dirinya menunaikan solat tarawih pada bulan Ramadan.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila gadis itu tidak sengaja rukuk dulu kerana terdengar bacaan seakan-akan 'Allahuakbar' sedangkan imam belum habis bacaan.
Rupa-rupanya, surah bacaan Imam itu mengandungi ayat yang seakan-akan sama. Gadis itu dilihat malu dan cepat-cepat bangun lantas kembali kepada posisi yang sebelumnya.
"Ya Allah, aku pernah kena macam ni. Malu gila" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1,5M tontonan, 225K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gadis itu. Malah, ramai yang boleh relate dengan situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!