seismik

"Siap Dicubit" - Gadis Ketakutan Kena Kepung Dengan Sekumpulan Monyet Buat Ramai Panik

Member record dulu ya baru tolong!

Cover image via @hxneyshaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Monyet memang terkenal dengan sifat nakal mereka yang suka mengusik orang

Bukan setakat itu, kadangkala makanan yang dihantar oleh abang rider pun mereka rasmikan dulu. Ada kalanya, monyet juga boleh mengganas dan garang.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila sekumpulan monyet mengepung seorang gadis di asrama telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hxneyshaa

member record dulu,baru tolong

bunyi asal - zamey.hakim_ - simp4you

Terduduk sebab terjatuh masa tengah lari

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis terduduk di atas padang akibat terjatuh masa lari kena kejar dengan monyet.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sekumpulan monyet dilihat mengepung gadis itu seolah-olah seperti ingin membulinya. Malah, salah seekornya mencuba untuk mencubit dan menarik baju sehingga membuatkan gadis itu takut.

Rakannya yang sempat lari itu hanya berani merekod dari jauh tanpa menghulurkan sebarang bantuan kepadanya.

"The real membuli bila ada geng, kalau seekor dah lari dah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 800K tontonan, 95K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau admin dah menangis sambil menggelepur duduk tengah tu! :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: