“Dah Mood Raya” – Puasa Pun Belum, Gelagat Mak Semangat Cat Rumah Ini Curi Tumpuan

Harap jadilah nak raya tahun ini.

Enlarge text

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Rupa-rupanya sudah dua tahun kita tidak dapat balik kampung untuk menyambut hari raya

Perkara itu disebabkan kerajaan telah melaksanakan PKP untuk mengawal wabak Covid-19 daripada berjangkit. Namun, kini kita telah mendapat kelonggaran kerana rakyat Malaysia telah mencapai herd immunity. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang gadis berkongsi ibunya semangat mengecat rumah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@aidarahayurahman

Boleh fyp tak mak aku nie..malam malam pas pasang langsir dia mengecat pulokkkkk….#fyp #fyp #fypdongggggggg #DuetDenganIkhlas

original sound – shazikTV – shazikTV

Tak sabar nak raya, dah start pasang langsir dan cat rumah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang berkongsi video ibunya sedang membuat kerja di ruang tamu. 

Rupa-rupanya, ibunya sudah bersemangat nak menyambut raya. Ibunya dilihat mengecat rumah dengan warna yang baru. Malah, dia juga sempat memasang langsir baru di rumahnya itu. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Wah, larat lagi mak cik mengecat ya. Harap-harap jadi lah raya kita tahun ni" – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 140K tontonan, 10K tanda suka dan 500 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mak cik itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Betul-betul well prepared mak cik ni. Baguslah nanti bulan puasa dah boleh relax! 😀

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

You may be interested in: