seismik

"Gelak Dosa" - Sakan Rakam TikTok, Gadis Jatuh Tergolek Belakang Sofa Ini Raih Perhatian

Mission failed.

Cover image via @puteriasyuraa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aplikasi TikTok sudah menjadi medium orang ramai untuk menyerlahkan bakat-bakat terpendam

Ada yang boleh berlakon, menyanyi, berjoget dan banyak lagi. Video-video challenge di TikTok juga banyak yang menghiburkan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang gadis merakam challenge TikTok tetapi jatuh pula telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@puteriasyuraa

IM LITERALLY SO EMBARRASSED FOR MYSELF RN

Cool For The Summer - Bre, a hibryda

Baru nak mula rakam, sekali smooth je jatuh ke belakang sofa

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam challenge TikTok di ruang tamu rumahnya.

Apa yang melucukan adalah apabila sebaik saja gadis itu menekan butang rakam, dia mengundur ke belakang sehingga terjatuh dan tergolek ke belakang sofa. Perkara itu mengundang tawa ramai dan membuatkan dirinya malu.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@puteriasyuraa

Reply to @luxurhyuns macam ni ke?

fingers crossed - solartunne

"Kalau buat transition tu bagus kak, lepas jatuh tu bangun glow up pulak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3K tontonan, 210K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi gadis itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Rasa berdosa pula kalau gelak. Kesian member masih terkejut! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik