seismik

"Terbeliak Mata" - Dah Habis Tiup Lilin, Tapi Api Masih Menyala Buat Budak Ini Pelik

Berapa kali nak tiup ni.

Cover image via @kan.kkt (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Budak kecil kalau disuruh tiup lilin memang dah jadi kegemaran dan hobi mereka

Tambahan lagi jika tiba sambutan hari lahir mereka, bukan setakat menjadi main character, upacara tiup lilin atas kek itu pun dah jadi wajib. Kalau ada orang lain yang tiupkan memang merajuk jadinya. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang budak kecil dilihat pelik kerana api di lilin yang ditiupnya masih bernyala telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@kan.kkt

ซ้อมก่อนอีก 4วันเป่าจริง ตกใจไรขนาดนั้น #จุดเอง เป่าเอง ตกใจเอง

Oh no, oh no, oh no, no no - Hip Hop

Gigih tiup lilin berkali-kali sebab api tak padam

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang menyalakan api pada lilin yang berada di atas meja. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat sangat teruja untuk meniup lilin itu sambil bertepuk tangan. Namun, setelah selesai dia meniup lilin, api itu tidak terpadam sehinggakan dia pelik dan terpaksa meniup berkali-kali. 

"Comel je dia terkejut tu sampai berkerut dahi" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 213K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi si cilik itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Happy betul dia dapat tiup lilin banyak kali! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: