seismik

"Lain Daripada Yang Lain" - Lelaki Terima Bunga Rare Masa Konvokesyen Buat Ramai Terhibur

Em, excuse me?

Cover image via @miraso.co (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sekarang merupakan musim konvokesyen untuk graduan universiti yang sekian lama tertangguh

Semua pasti teruja untuk menghadiri istiadat konvokesyen di universiti masing-masing. Ramai yang meraikan rakan-rakan dengan memberi pelbagai hadiah terutamanya jambangan bunga. 

Namun, tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki menerima bunga lain daripada lain telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Terima sekalung bunga tanda penghargaan daripada rakan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menghadiri istiadat konvokesyen di universitinya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia menerima sekalung bunga daripada membernya. Kebiasaannya, orang akan menerima jambangan bunga, itu yang membuatkan ramai pelik. 

Tambahan lagi, ada yang berpendapat bahawa bunga itu dikalungkan kepada orang yang meninggal saja terutamanya kaum lain. Namun, perkara itu disangkal kerana ada yang tampil memberi penjelasan. 

Salah seorang netizen yang berbangsa lain menyatakan bahawa sebenarnya bunga kalung boleh digunakan dalam pelbagai majlis juga, bukan dalam upacara kematian saja. 

"Bunga ini baru RM20, jimat kos dari beli bunga tepi jalan RM70" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang ini meraih sehingga 264K tontonan, 26K tanda sukda dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lepas ni bolehlah consider beli bunga macam ni, jimat! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: