Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“Idea Untuk Menu Supper & Sarapan” - Jom Hasilkan 5 Resepi Simple Berasaskan Roti Ini

Sandwich Nasi Lemak paling win!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menu menggunakan roti sudah semakin popular sejak kebelakangan ini

Mana tidaknya, cara penyediaannya memang sangat mudah dan cepat. Kos nak membuat juga tidaklah mahal. Bukan sahaja orang dewasa malah, golongan remaja pun tiada masalah untuk menyediakan masakan berasaskan roti ini.

Antara menu berasaskan roti yang sering menjadi pilihan ramai merupakan roti telur, roti sardin dan juga roti bakar.

Jadi, di sini kami senaraikan lima jenis resepi berasaskan roti yang simple dan menarik untuk anda cuba.

1. Paris Hilton's Frosted Flake French Toast

Image via @deliciousaus (TikTok)

Siapa sahaja yang tidak mengenali selebriti terkenal Paris Hilton bukan? Resepi Paris Hilton's Frosted Flake French Toast ini pernah viral dalam rancangan memasaknya Cooking with Paris.

Dengan menggunakan roti, telur, susu dan cornflakes sebagai bahan utama, resepi ini memang menjadi kegilaan ramai. 

Lihat resepi penuh itu di bawah: 

2. Cheezy Garlic Bread

Image via @khairulaming (Instagram)

Roti bawang putih atau garlic bread merupakan antara resepi top yang paling diminati ramai. Kebiasaannya garlic bread ini akan dimakan bersama mushroom soup.

Namun, yang sepcialnya resepi ini adalah ia ditambah denagn mozzarella cheese. Mudah sangat cara nak membuatnya. Yang penting taburkan cheese banyak-banyak ya! 

Lihat resepi penuh itu di bawah:

3. Kpop Idol Sandwich

Image via Christi Eat Home

Wah dengar nama pun dah rasa nak cuba bukan? Kpop Idol Sandwich atau juga dikenali sebagai Inkigayo Sandwich ini merupakan sandwich yang menjadi kegemaran ramai selebriti Korea. Hal ini kerana ia dijual di stesen televisyen tempat mereka membuat persembahan.

Resepi ini viral sehingga ke serata dunia kerana ramai peminat Kpop ingin mencuba sandwich kegemaran selebriti idaman mereka. Keistimewaan sandwich ini merupakan gabungan telur, salad dan juga strawberry jam.

Lihat resepi penuh itu di bawah:

4. One Pan Egg Toast

Image via MelinisKitchen (Youtube)

Ini antara resepi berasaskan roti yang paling mudah dan sedap. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi cara nak membuat one pan egg toast ini seperti tambahkan sosej, ham dan juga sayur.

Namun, yang sering menjadi perhatian ramai merupakan one pan egg toast bersama cheese slices dan strawberry jam. Gabungan rasa masin cheese dan manis strawberry memang sedap tak terkata.

Lihat resepi penuh itu di sini.

5. Sandwich Nasi Lemak

Image via @ashfoodhunter (TikTok)

Menarik dan unik betul resepi ini. Siapa di sini penggemar nasi lemak? Anda mesti kena cuba resepi Sandwich Nasi Lemak ini. 

Bahan-bahan yang digunakan sama sahaja seperti nak membuat nasi lemak iaitu sambal ikan bilis, telur mata dan juga timun. Namun, yang uniknya cuma nasi digantikan dengan roti. Kalau nak tahu rasanya macam mana, jom cuba!

Lihat resepi penuh itu di bawah:

Nampak menarik betul semua resepi ini. Macam nak try semua! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment