Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

In Saff Travel Tawar Pakej Umrah 'Paling Murah' Serendah RM4,970 Untuk Ke Tanah Suci

Difahamkan, jemaah umrah akan berada empat hari di Mekah dan tiga hari di Madinah.

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengendalian pakej umrah iaitu In Saff Travel & Tours Sdn Bhd kini menawarkan pakej umrah pada harga serendah RM4970 kepada golongan yang kurang berkemampuan

Pakej istimewa berkenaan juga terdapat edisi istimewa iaitu 9 hari 7 malam yang akan berlepas pada 2 dan 3 Mei ini dengan dua buah kapal terbang disewakan khas yang akan menerbangkan para jemaah umrah.

Menurut Pengarah Urusannya, Mohd Fahmi Mohd Nawi, tawaran pakej berkenaan bukanlah scammer seperti yang pernah tular sebelum ini sebaliknya harga sederhana ini bagi mempermudahkan urusan jemaah untuk menunaikan umrah di tanah suci.

“Bersesuaian dengan tagline syarikat iaitu Insafi Nurani Santuni Rohani telah membuatkan kami sentiasa meletakkan keutamaan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan dalam masa yang sama menyatuni jemaah yang berkeinginan untuk menjadi tetamu Allah.

“Apatah lagi bagi mereka yang bekerja tidak mempunyai cuti yang panjang, jadi kami telah memperkenalkan pakej terbaharu yang dapat memenuhi permin¬taan kumpulan tersebut selain mereka yang kurang berkemampuan.

“Sehubungan itu, kami tawarkan satu pakej umrah edisi istimewa dengan harga serendah RM4,970 seorang selama sembilan hari, tujuh malam yang mana empat hari jemaah akan berada di Mekah dan tiga hari di Madinah,” katanya ketika sidang media yang berlangsung di Hotel Grand Barakah, Ampang baru-baru ini.

Image via LIVE In Saff Travel & Tours Sdn Bhd (Facebook)

Pakej tidak dilengkapi dengan makanan dan minuman serta bagasi, bagaimanapun tetap mengutamakan kemudahan lain seperti bantuan dan bimbingan daripada mutawif berpengalaman

Pakej penginapan di Mekah ini hanyalah sejauh 1.5 kilometer namun terdapat kemudahan bas ulang alik sepanjang 24 jam di situ, manakala jarak kediaman di Madinah pula dalam sekitar 200 meter sahaja.

Difahamkan, sebaik sahaja pakej istimewa itu dilancarkan, tempat duduk untuk 566 jemaah umrah telah habis dijual dalam tempoh 10 hari sahaja.

Mengulas mengenai harga yang terlalu murah itu boleh memberi kesan kepada pemain pasaran yang menawarkan pakej yang berpatutan, beliau berkata, harga murah sedemikian ti­dak akan meninggalkan impak negatif kepada pasaran malah ia memberi petunjuk kepada pesaing untuk menawarkan pakej seumpama itu mengikut keperluan operasi masing-masing.

“Setiap jemaah memiliki misi dan niat masing-masing serta mengikut perbelanjaan yang ada jadi terpulanglah kepada mereka yang mahu mengambil pakej yang paling murah atau pakej yang paling mahal,” jelasnya.

Image via In Saff Travel & Tours Sdn Bhd (Facebook)

Image via In Saff Travel & Tours Sdn Bhd (Facebook)

Selain itu, agensi ini turut menjalankan servis trip korporat bagi percutian islamik dalam dan luar negara dengan menawarkan servis pengendalian pakej umrah, pengurusan tiket domestik dan antarabangsa, pengurusan visa, pengurusan badal haji dan umrah dan penempatan hotel serta pengurusan korban, aqiqah dan dam.

Diasaskan oleh 4 orang lepasan pelajar ummul Quran universiti di Makkah al mukarramah antaranya, Ustaz Aswadi Ali, Ustaz Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed, Ustaz Mohd Fahmi Mohd Nawi dan Ustaz Falaahuddin Ahmad Jasni. Mula beroperasi di Terengganu dan kini mempunyai 31 cawangan seluruh Malaysia dengan membawa tagline ‘Insafi Nurani Santuni Rohani’.

Agensi ini sentiasa meletakkan keutamaan dalam menyediakan servis terbaik dan menyantuni jemaah disamping berharap dapat membantu semua golongan yang berkeinginan untuk menjadi tetamu Allah SWT.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment