seismik

[VIDEO] Cikgu Hadiahkan Pakej Umrah Kepada Pelajar Sempena Bersara Ini Buat Ramai Terharu

Mesti pelajar tu terkejut sebab tak sangka.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekiranya diberikan kesempatan dan peluang, setiap umat Islam di muka bumi ini pastinya ingin menunaikan ibadah umrah dan haji

Namun, bagai bulan jatuh ke riba, seorang pelajar lelaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu terkejut dihadiahkan pakej umrah oleh gurunya bersempena hari persaraan beliau.

Menerusi laporan Berita Harian, pakej umrah yang ditawarkan Ahmad Zaki, 60, itu diterima oleh Mohd Daniel Hakim Faiz Teng, 14, yang juga pelajar Tingkatan Dua menerusi cabutan bertuah yang dibuat di hadapan lebih 1,000 pelajar dan guru di dewan sekolah terbabit.

Pelajar berusia 14 tahun itu menerima hadiah tersebut dalam keadaan sebak dan mengalirkan air mata.

Malah, dia turut memeluk guru yang mengajar dalam subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab itu sebaik menaiki pentas untuk menerima replika hadiah berkenaan.

Image via Sinar Harian

Bersyukur dapat menunaikan umrah di usia yang muda

“Ketika nombor diumumkan, saya sangat terperanjat dan teragak-agak untuk bangun kerana rasa macam mimpi.

“Selepas sekali lagi diumumkan barulah saya bangun dan berjalan ke arah pentas untuk menerima hadiah yang sangat bermakna itu.

“Pakej umrah yang saya terima ini akan saya kenang hingga akhir hayat kerana ada juga menyimpan angan-angan untuk ke Mekah dan Madinah tapi agak mustahil kerana masih bersekolah dan keluarga juga bukan orang senang,” ujarnya.

Tergerak hati untuk beri hadiah kepada pelajar

Guru berusia 60 tahun itu mendedahkan beliau tergerak hati untuk memberi hadiah tersebut kepada pelajar sebagai kenangan sepanjang hayat bersempena dengan hari persaraannya yang sudah menjadi pendidik selama 31 tahun.

“Alhamdulillah, hasrat saya itu mendapat sokongan dari pihak sekolah termasuk keluarga dan tahniah kepada pelajar yang saya anggap insan terpilih menerima cabutan bertuah ini.

“Insya-Allah pelajar berkenaan akan pergi umrah bersama saya pada Disember ini dan tajaan berkenaan merangkumi pakej penuh malah saya juga akan memberikan sedikit wang saku untuk perbelanjaannya di sana nanti.” katanya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sinarharianonline

Guru hadiahkan pakej umrah pada pelajar sempena hari persaraan BERITA SEMASA 8 FEBRUARI 2024 Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu di Tumpat menghadiahkan pakej umrah kepada pelajar tingkatan dua sempena hari persaraannya sebagai pendidik pada Khamis, lapor wartawan, Hazelen Liana Kamarudin. Mohd Danial Hakim Faiz Teng, 14, dari Kampung Padang Rokma dilihat tidak dapat menahan sebak sejurus nombor 118 miliknya diumumkan sebagai pemenang hadiah utama cabuan bertuah. Anak sulung dua beradik itu berkata, dia sama sekali tidak menyangka cabutan bertuah yang diidamkan oleh 800 pelajar itu menjadi miliknya dan menyifatkan ia sebagai satu mimpi apabila dapat menjejak kaki ke tanah suci Makkah tidak lama lagi. Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #hadiahcabutanbertuah #haripersaraan

original sound - Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: