Restoran Caj RM20 'Seating Fee' Ini Cetus Perdebatan Ramai - “Bikin Pelanggan Terkejut"
Betul-betul nak buat duit ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam satu kejadian yang mengejutkan, sebuah restoran di Kuala Lumpur telah menarik perhatian ramai kerana didakwa mengenakan bayaran caj tempat duduk kepada pelanggannya
Isu itu timbul apabila seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman mereka di kumpulan Facebook Law Forum, perkongsian yang disertakan dengan gambar resit menunjukkan caj tambahan RM20 yang dilabelkan sebagai 'bayaran tempat duduk'.
Dia yang berkunjung ke restoran itu bersama lagi tiga rakannya meluahkan rasa terkejut apabila mendapati bayaran berkenaan dimasukkan ke dalam bil mereka.
Pihak restoran perlu memberitahu kepada pelanggan terlebih dahulu berkenaan caj tersebut
Insiden ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang mempersoalkan adakah caj tersebut wajar dan mengapa pihak restoran tidak bersikap telus dengan memberitahu terlebih dahulu mengenai caj sedemikian.
Pelanggan turut mempersoalkan, “Jika kami tidak membayar, adakah kami akan makan di jalan raya?”
Selain itu, mereka turut mengeluh tiada sebarang amaran awal mengenai bayaran tempat duduk.
Sebagai rekod, amalan ini sering dilakukan di China, di mana caj tempat duduk disertakan dan para pelanggan diberitahu terlebih dahulu mengenai caj tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!