seismik

Tular Video Dua Individu Naik Motosikal Ini Buat Onar - “Tendang & Libas Rider Lain"

Mental agaknya, bahaya betul jumpa orang macam ini.

Cover image via MALAYSIAVIRALLL (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kini, semakin ramai pembuli jalan raya bertindak agresif seperti melanggar peraturan lalu lintas dan mengancam keselamatan orang lain

Baru-baru ini, tular sebuah video yang berdurasi 1 minit di media sosial, memaparkan pasangan penunggang motosikal dipercayai di Jambatan Pulau Pinang telah mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi video tersebut,  pasangan tersebut sengaja menabur pasir di atas jalan raya sambil membawa pisau.

Pada awal video tersebut, wanita yang berada di belakang cuba melemparkan sesuatu ke arah seorang rider yang memotong mereka.

Cuba tendang dan libas guna tali penunggang motosikal yang lalu

Apa yang lebih membahayakan apabila kedua-dua pasangan itu cuba menendang seorang lagi penunggang motosikal yang lalu di sebelah mereka.

Tidak lama selepas itu, seorang penunggang motosikal lain mengalami nasib yang serupa, tetapi kali ini dilibas dengan menggunakan tali oleh pembonceng wanita tersebut.

Image via Kosmo

Terkini, kedua-dua suspek telah ditahan oleh polis dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau pada 2021 serta 2023 lalu

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, semakan yang dilakukan mendapati kedua-dua suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau pada 2021 dan 2023 lalu.

“Kedua-dua suspek akan dibawa untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Lihat video penuh & posting itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: