[VIDEO] Anak Hadiahkan Ibu Bapa Pakej Umrah Iktikaf Ramadan Dipuji Warganet
Semoga kita semua juga diberi peluang untuk bawa ibu bapa sendiri ke Tanah Suci.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membalas jasa kedua-dua orang tua
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Qayyum Jawi telah memberi kejutan kepada ibu dan bapanya.
Menerusi video tersebut, Qayyum memberikan sekeping sampul kepada ibunya dan bapanya.
Kemudian, dia meminta kedua-dua mereka untuk membuka dan membaca isi kandungan di dalam sampul surat tersebut.
Buat makan-makan sebelum ibu bapanya berangkat menunaikan umrah
“Malam sebelum nak berangkat umrah kitorang satu keluarga buat makan selamat.
“Jadi hari mak dan bapa berangkat pun tiba. Lepas itu Qayyum bagi lah duit yang dah ditukar dalam mata wang Arab Saudi dengan diorang,” katanya.
Ibu dan bapanya terkejut dan bercampur dengan perasaan yang gembira apabila mereka mendapat tahu bahawa mereka akan menunaikan umrah di Mekah sepanjang Ramadan hingga Hari Raya Aidilfitri.
“Selamat beriktikaf mak dan bapa di Tanah Suci. Semoga mendapat umrah yang mabrur,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!