seismik

Tular Tauke Mi Kolok Kahwini Dua Orang Wanita Sekaligus Dalam Satu Majlis

Ia sesuatu yang amat jarang dilihat untuk seorang lelaki Cina melakukan poligami.

Cover image via Borneo Network (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai berita seorang lelaki berbangsa Cina menikahi dua wanita dalam satu masa

Menerusi laporan Borneo Network, lelaki yang dikenali sebagai Lim Soo Kien itu mengahwini wanita-wanita terbabit selepas jatuh cinta dengan kedua-duanya.

Difahamkan, majlis perkahwinan Lim yang juga seorang ‘tauke’ mi kolok bersama isteri-isterinya iaitu Ivy Ong dan Dewi Kartika di sebuah restoran di Jalan Simpang Tiga, Kuching.

Beberapa gambar sekitar majlis perkawinan Lim dan isteri-isterinya turut dikongsikan di dalam hantaran tersebut.

Telah menarik banyak perhatian orang kerana jarang lihat lelaki Cina poligami

Mereka bertiga kelihatan amat gembira merayakan hari bahagia mereka sebagai raja sehari, diiringi oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Perkongsian tentang perkahwinan Lim telah menarik banyak perhatian, terutamanya kerana jarang dilihat seorang lelaki Cina melakukan poligami.

Malah, ada juga yang memuji Lim kerana jujur terhadap kedua-duanya dan sudi menikahi mereka tanpa perlu berselindung.

Lihat perkongsian penuh itu di bawah:

Mesti ramai yang first time tengok bangsa Cina kahwin dua bukan?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: