seismik

Ustaz Jafri Jelaskan Mana Satu Yang Perlu Diutamakan, Solat Qada Atau Solat Tarawih?

Ingat, yang wajib dulu baru yang sunat.

Cover image via Malaysia Gazette & @jafrimahmoodi_off (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, bulan Ramadan merupakan bulan yang terdapat beberapa ibadah sunat

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pendakwah terkenal Ustaz Jafri Mahmoodi menjelaskan keutamaan di antara solat Tarawih dan solat qada'.

Beliau juga menegaskan bahawa apabila terdapat pertembungan antara kewajipan dan sunat, keutamaan perlu diberikan kepada yang wajib.

“Dalam bab solat qada, solat qada ini wajib manakala solat Tarawih itu sunat. Maka utamakan yang qada kalau tak mampu nak buat semua.

“Contohnya waktu orang solat Tarawih, kita boleh sahaja nak niat nak solat qada. Jadi setiap kali orang bangun solat Tarawih dua rakaat, kita niat solat qada dua rakaat subuh.

“Jadi kalau orang buat 20 rakaat Tarawih, kita dah dapat 10 solat subuh yang kita qadakan,” ujarnya.

Menurutnya, jika seseorang itu mampu, disarankan untuk tidak melewatkan solat Tarawih pada bulan Ramadan untuk meraih ganjaran dan kelebihannya.

“Seiring kita buat solat Tarawih, kita juga tumpu untuk buat solat qada kita dalam bulan Ramadan. Maka bulan Ramadan menjadi bulan yang kita banyak solat.


"Antaranya mengqadakan solat yang telah lama kita tinggalkan, mudah-mudahkan kelebihan daripada Ramadan itu dapat kita perolehi,” katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: