seismik

Nasi Lemak Tercalon Sebagai Makanan Warisan Dunia UNESCO 2024

Tahniah.

Cover image via Pinterest

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Juadah nasi lemak yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia semakin dikenali di seluruh dunia

Terbaharu, menerusi laporan Berita Harian, nasi lemak kini terbukti mendapat tempat di persada antarabangsa apabila tercalon dalam senarai calon pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai warisan dunia bagi tahun ini.

Antara warisan tempatan lain yang tersenarai sebagai calon layak diiktiraf Warisan Dunia, termasuk Gua Taman Negara Niah di Sarawak dan Kebaya Malaysia.

Image via serious eats

Tahun 2024 akan dianggap sebagai Tahun Warisan

Dengan kejayaan itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyifatkan tahun ini ialah tahun yang cukup bermakna bagi negara dan bakal dianggap sebagai “Tahun Warisan.”

Beliau berkata berikutan penyenaraian itu, 2024 akan dianggap sebagai Tahun Warisan yang mempunyai kepentingan besar bagi Malaysia.

“Antaranya ialah Warisan Arkeologi Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak, dinamakan sebagai calon yang layak mendapat pengiktirafan Warisan Dunia.

“Sementara itu, ‘Kebaya Malaysia’ yang diaplikasikan bersama negara jiran Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand juga telah dicalonkan sebagai calon Warisan Budaya Tidak Ketara Unesco, mewakili budaya kemanusiaan.

“Pencalonan Budaya Sarapan Pagi Malaysia termasuk Nasi Lemak juga merupakan usaha kementerian untuk memastikan hidangan tradisional rakyat diiktiraf sebagai Makanan Warisan Kebangsaan Malaysia dan tidak akan dituntut oleh negara lain,” katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: