seismik

Demi Solidariti Untuk Palestin, Lelaki Jepun Dipuji Ramai Konsisten Berjuang Seorang Diri

Semangat ini yang kita mahu.

Cover image via @furusawayusuke_ (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita sedia maklum tentang serangan balas Israel terhadap Palestin

Sejak isu itu timbul, banyak pihak dari seluruh dunia telah menyatakan solidariti untuk menuntut keadilan bagi penduduk Gaza yang terus ditindas oleh rejim Zionis.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki warga Jepun yang dikenali sebagai Yusuke Furusawa yang gigih menunjukkan solidariti meskipun sendirian.

Menerusi satu ciapan di Instagram @furusawayusuke_, Furusawa dikatakan konsisten berdemonstrasi seorang diri sambil memegang papan tanda yang tertera ‘Stop Gaza Genocide’.

Mendapat pujian daripada netizen

“Inilah baru semangat perjuangan Palestin yang semakin luntur di jiwa kita saban hari, ayuh perbaharui tekad untuk membantu rakyat Palestin mulai saat ini,” tulis di ruangan kapsyen.

Pengguna media sosial memberikan pujian kepada semangat Furusawa yang gigih menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin, walaupun dia seorang diri sahaja.

Lihat perkongsian itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: