Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Individu Luah Rasa Syukur, Kos Beranak Di Hospital Kerajaan Hanya RM42

Alhamdulillah.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata, pemilihan hospital adalah perkara yang paling penting

Hal ini kerana, setiap orang berbeza-beza kemahuannya melahirkan anak mereka di hospital dan kawasan mana. Ada yang mahu hospital swasta dan ada juga yang mahu hospital kerajaan.

Dari segi kos pula, sudah tentu hospital kerajaan jauh lebih murah daripada swasta. Namun, jika mereka inginkan sedikit penjagaan dan servis yang lebih boleh lah ke hospital swasta.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi rasa syukurnya selepas melihat bil sebaik saja melahirkan anak di sebuah hospital kerajaan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Syukur dapat subsidi daripada kerajaan

Menerusi ciapan tersebut, seorang pengguna Twitter berkongsi tangkap layar gambar yang menunjukkan seorang lelaki berkongsi resit pembayarannya di sebuah hospital.

Difahamkan, lelaki itu berkongsi resit pembayaran selepas isterinya bersalin di sebuah hospital kerajaan. Harga asalnya adalah RM4,371.00 untuk 4 hari 3 malam.

Namun, oleh kerana subsidi yang diberikan kerajaan, dia hanya perlu membayar RM42.00 sahaja.

"Paying RM42 to give birth is just so wild to me. Macam harga makan McD untuk dua orang, i love Malaysia," tulisnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

"Saya RM40. Rasa syukur sangat-sangat kan. Gov hospital not bad at all" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama mereka dan memberikan pelbagai reaksi.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 6,191 retweets, 1,047 quotes tweets dan 16.4K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via @pelisahh (Twitter)

Image via @pelisahh (Twitter)

Image via @pelisahh (Twitter)

Image via @pelisahh (Twitter)

Image via @pelisahh (Twitter)

Servis dekat hospital kerajaan pun not bad, murah pula tu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment