seismik

"Hati-Hati Nak Beli" - Individu Geli Tengok Cacing Dalam Tin Sardin Yang Dibeli

Euww.

Cover image via @masak_apa_tak_jadi_arini (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Makanan sedia dimakan sememangnya sangat memudahkan kita

Tambahan lagi, bagi mereka yang selalu sibuk hingga tidak sempat memasak. Dengan adanya makanan sedia dimakan, mereka hanya perlu panaskan dan makan saja. Jadi, tak adalah susah nak buat.

Namun, banyak kes makanan siap masak seperti dalam tin ini katanya tidak elok dan kurang bersih. Mungkin kerana ia sudah lama berada di dalam pembungkusan berkenaan.

Tular sebuah video baru-baru ini, seorang pengguna TikTok meluahkan rasa terkejut apabila sardin yang dibelinya penuh dengan cacing bersaiz kecil.

Lihat video itu di bawah:

Jumpa cacing dalam tin sardin

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu meluahkan rasa terkejutnya selepas dia membeli sardin tin di sebuah pasar raya.

Dapat dilihat, perkara itu disedari ketika dia mahu memasak sardin tersebut ke dalam kuali. Individu tersebut juga kesal dengan tahap kebersihan yang diterapkan syarikat pengeluar sardin tersebut.

"Hati-hati lah kalau nak masak sardin tin ni ya," tulisnya.

"Aku ni dah lah selalu makan sardin, kang sebulan tak lalu nak makan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka. Malah, ada juga yang memberitahu bahawa sebenarnya ia mungkin bukan cacing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.7M views, 99.4K likes dan 4,421 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alamak, kalau betul geli lah :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: