Ingat Nak Datang Beraya Je, Reaksi Gadis Dirisik Keluarga Teman Lelaki Ini Jadi Perhatian
Bagus bakal mentua dia, tak rumitkan urusan.
Siapa saja yang tidak gembira jika teman lelaki merisik dan berhasrat untuk menjadikan kita sebagai bakal isterinya bukan?
Tambahan pula, jika mereka siap membawa keluarga bersama ke rumah kita untuk melamar di depan semua orang.
Begitulah situasi yang dihadapi oleh gadis ini apabila dia tidak menyangka teman lelakinya bertindak melamar semasa beraya di rumahnya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Kata nak datang beraya dengan family, sekali lain pula yang jadi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @minefarouk, kelihatan keluarga teman lelakinya itu sedang beraya sambil bersembang dengan kedua ibu bapanya di meja makan.
Apa yang menjadi perhatian ramai adalah apabila ayah gadis itu tiba-tiba memanggilnya. Sebaik saja dia datang ke meja makan, ibu teman lelakinya mengeluarkan cincin dan berkata "ni aunty datang nak merisik Mien terus".
Perkara itu membuatkan gadis tersebut tersipu malu. Lebih menghiburkan, ibu teman lelakinya siap memanggil si anak untuk melamar gadis itu di depan semua orang. Teman lelakinya tidak kelihatan berdebar, sebaliknya sangat tenang melamar si buah hati.
Image via @minefarouk (TikTok)
Image via @minefarouk (TikTok)
"Kan senang macam ni, ringkas je. Aku pula yang gementar, by the way congrats sis!" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 1.3M tontonan, 199.9K tanda suka serta 2K komen di laman TikTok.
Rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah buat gadis berkenaan dan mengagumi cara bakal mentuanya yang memudahkan urusan kedua-dua belah pihak.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @minefarouk (TikTok)
Image via @minefarouk (TikTok)
Image via @minefarouk (TikTok)
Image via @minefarouk (TikTok)
Mudah je urusan dia, tahniah sis dan pasangan! <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment