Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Ingatkan Mak Aku Je" - Gadis Reveal Ibunya Yang Suka Suruh Edit Gambar Ini Curi Tumpuan

Sampai netizen negara jiran pun setuju!

Cover image via @nuhasufian (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Disebabkan zaman sekarang sudah berteknologi, ibu bapa kita juga turut terkejar-kejar dengan kecanggihan gajet

Iyalah, mereka dulu tidak terdedah dengan kecanggihan alat dan gajet seperti zaman kini. Setiap aplikasi dan perisian yang terdapat dalam telefon pintar juga memerlukan bantuan dan panduan daripada kita. 

Sama seperti posting yang tular di Twitter berkenaan seorang anak mendedahkan ibunya suka meminta tolong untuk menyunting gambar-gambarnya telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Disuruh edit gambar ditambah dengan pelekat, memang style mak-mak

Menerusi posting berkenaan, seorang gadis yang dikenali sebagai Nuha itu berkongsi tingkah laku ibunya yang suka menyunting gambar di Twitter.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ibunya menyuruh gadis itu menyunting gambar dengan menambah pelekat-pelekat yang comel.Ditambah lagi dengan ayat-ayat selamat pagi, kata-kata syukur dan lain-lain itu sungguh mencuit hati ramai.

Perkara tersebut mengundang pelbagai komen netizen sehingga netizen negara jiran iaitu Indonesia juga beranggapan ibu mereka juga mempunyai sifat dan selera yang sama.

Image via @nuhasufian (Twitter)

"Aih aku pikir cuma ibuku dan gerombolannya saja yang begini, ternyata ibu-ibu negeri jiran juga suka" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan boleh relate dengan situasi tersebut. Malah, ramai yang mengatakan ibunya comel.

Selain itu, perkara ini juga turut mengundang netizen daripada Indonesia yang mengatakan ibu mereka juga begitu. 

Ketika artikel ini ditulis, posting itu berjaya mendapat 8K retweets, 1K quotes tweets dan 30K likes di Twitter. 

Beriktu di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Amboi, mak-mak semua pakat edit gambar tengok gambar siapa paling power ke ni? :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment