seismik

"Sempat Bersanding Di PPV" - Tular Video Pengantin Datang Vaksin Lepas Nikah Curi Tumpuan

So sweet, siap ada pelamin khas!

Cover image via @girl__violet (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui negara sekarang sedang berada di fasa pengagihan vaksin kepada orang ramai

Kita tidak boleh menetapkan tarikh janji temu vaksinasi secara sendiri. Tarikh janji temu vaksinasi akan diberitahu melalui aplikasi MySejahtera. Oleh sebab itu, ada segelintir orang yang akan mengalami pertembungan tarikh vaksin dan tarikh perkara yang dirancang seperti nikah. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pengantin bergegas ke pusat vaksinasi selepas nikah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Sempat bersanding di PPV selepas menerima vaksin

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pengantin perempuan sedang menunggu gilirannya untuk divaksin dengan memakai baju nikah di PPV. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dan suaminya ternyata menerima tarikh vaksin yang sama dengan tarikh nikah mereka. Mereka bergegas ke PPV setelah selesai akad nikah. 

Tambahan lagi, pengantin itu dijemput untuk duduk di atas kerusi seperti pelamin dengan berlatarbelakangkan poster vaksinasi itu cukup menarik perhatian. 

@shidiphotographer89

Tahniah Pengantin Viral Kita, Saya Photographer Itu Area Pontian Cari Photographer Boleh Roger!! #vaccineday #weddingday #kitajagakita

bunyi asal - ,_Girl Violet_ - ,_Girl Violet_

"Best tengok, sopan je pengantin perempuan tu" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dan kagum melihat pengantin itu. Malah, ramai yang mendoakan supaya pegantin tersebut bahagia dunia dan akhirat.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 195K tontonan, 9K tanda suka dan 150 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sweet je tengok mereka berdua, siap ada pelamin khas tu. Boleh jadikan kenangan betul tak? :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: