Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Inginkan Nature Vibes? Jom Terokai Aktiviti Menarik Di Ladang Ternakan Bersama Keluarga!

New Zealand, nope. Malaysia, yes.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Anda tentu saja sudah bosan mengajak keluarga ke shopping mall, taman tema ataupun taman permainan bukan?

Asyik-asyik pergi tempat yang sama saja. Apa kata kita tukar selera kali ini? Sebenarnya banyak tau aktiviti boleh dilakukan untuk meluangkan masa bersama keluarga. 

Haa, kalau tak ada idea nak pergi mana tu. Jom kita plan pergi ke ladang hujung minggu ini! Ladang kelapa sawit ke? Of course bukan!

Anda pasti tak tahu kewujudan ladang Farm Fresh kan? Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini tau. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak bolehlah bawa mereka, pasti dapat melawat sambil belajar. Seronok!

Image via GIPHY

Yang paling best, anda boleh nikmati pemandangan nature ala New Zealand!

Di sini bukan saja ada ladang lembu, ada juga ladang yang diluasi dengan rumput menghijau berlatarkan pemandangan yang indah. Nak enjoy sunset dekat sini pun best, bolehlah bergambar seperti di New Zealand! 

Image via @ashilawi (Instagram)

Image via @pnadia_km (Instagram)

Image via @shah_shamshiri (Instagram)

Image via @atksmh (Instagram)

Anda juga berpeluang untuk berjumpa dengan lembu-lembu famous di sana tau

Lembu akan dilepaskan daripada kandang pada jam 5pm hingga 9pm setiap hari kecuali hari Isnin. Haa, pastikan anda datang pada waktu yang tepat. Barulah boleh ajak anak-anak tengok lembu-lembu! 

"Treat our beautiful farm like your own home" - Farm Fresh.

Image via @lihsian (Instagram)

Image via @catherinechangct (Instagram)

Tak habis lagi, anda juga boleh berjalan di sekitar kawasan ladang untuk menghirup udara segar

Bukan setakat pemandangan macam New Zealand dan ladang lembu je, banyak lagi yang best di sini.

Yang ni confirm kalau bawa anak-anak anda, mesti mereka tak nak balik. Terdapat tractor ride dan barrel ride untuk dinaiki khas oleh kanak-kanak. 

Image via @fazlilutffi77 (Instagram)

Image via @conni3st_87 (Instagram)

Kejap, kalau diorang menangis tak nak balik, bawa mereka ke petting zoo dan jalan-jalan sekitar kebun tu. Haa, memang laju turun dari ride.

Image via @fazlilutffi77 (Instagram)

Image via @ashilawi (Instagram)

Image via @conni3st_87 (Instagram)

Last but not least, mesti lapar kan? Anda boleh menikmati makanan lazat di Restoran The Acre

Menjamu selera sambil menikmati pemandangan yang indah. Memang tenang! Kafe ini berkonsepkan makanan Italian Malayan Cuisine, sesuai sangat dengan tekak Melayu. Anda akan terliur bila tengok menu mereka.

Dapatkan info lanjut di sini

Image via @lihsian (Instagram)

Image via @theacrebyfarmfresh (Instagram)

Sebelum balik tu, jangan lupa beli produk susu segar mereka yang pelbagai perisa!

Ladang Ternakan & Restoran
Waktu operasi:
10am hingga 7pm (Selasa hingga Jumaat)
10am hingga 10pm (Sabtu hingga Ahad)
Tutup setiap hari Isnin.

Alamat:
Jalan Maklumat, 43400 Serdang, Selangor.

Tiket masuk:
Dewasa (13 tahun dan ke atas) - RM10
Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) - RM5
Kanak-kanak (6 tahun dan ke bawah) - Percuma

Sila layari sini untuk info lebih lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment