Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini 10 Makanan Ringan Kanak-Kanak Yang Popular Dulu Tapi Kini Hanya Tinggal Kenangan

Mana satu favourite korang?

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi anda yang lahir pada tahun 90-an, pasti anda masih ingat antara snek ringan kegemaran anda bukan?

Namun, masa berlalu dengan begitu pantas, snek-snek tersebut jarang dan susah untuk dijumpai sekarang. Malah, ada sesetengahnya telah pun menghentikan pengeluaran mereka atas sebab tertentu.

Tetapi, ada juga yang masih kita boleh lihat sehingga sekarang. Pasti ramai yang tertanya-tanyakan mengapa mereka mengentikan pengeluaran produk tersebut walaupun dulunya sangat popular dan mendapat sambutan hangat.

Jom kita lihat di bawah antara snek makanan popular tersebut:

1. Gula-gula asam boi

Image via BEST my (Facebook)

Gula-gula ini menjadi antara gula-gula kegemaran kanak-kanak suatu ketika dulu. Rasanya yang sekata dan sepadan di antara manis dan masam buat anda suka dengannya.

Walaupun sekarang susah nak jumpa, tetapi sebenarnya anda boleh menjumpainya secara dalam talian atau kedai runcit yang masih menjualnya.

2. Funny Fruity stick

Image via JOB Vacancy KL / Selangor (Facebook)

Gula-gula buah pada batang ini datang dalam perisa seperti anggur, oren, strawberi dan beri, ia tidak kurang rasa sama seakan Sugus. Anda masih boleh menemuinya hari ini di kedai runcit tertentu di seluruh Malaysia dan beberapa kedai dalam talian.

3. Dentyne

Image via SMK Semerah Padi (Facebook)

Siapa saja yang tidak pernah makan ini dulu kan? Ia seperti makanan wajib yang perlu dibawa dalam poket anda. Gula-gula getah Dentyne ini datang dalam pelbagai perisa.

Dentyne memberitahu untuk sentiasa menjaga gigi dan nafas kita apabila memakannya. Namun, jika dilihat pada hari ini ia seperti sukar dilihat di kedai-kedai atau pasar raya.

4. Marukawa Fusen tattoo bubble gum

Image via Ubuy

Gula-gula getah ini agak sedikit berbeza dengan gula-gula getah yang lain kerana bungkusan dalam mereka mempunyai gambar untuk anda membuat tatu sementara.

Pasti anda pernah melihat beberapa orang kawan anda yang mempunyai tatu sementara itu. Malah, ramai dulu yang mengumpul koleksi gambar dari bungkusan itu.

5. Boomer bubble gum

Image via Reddit

Siapa saja yang tidak kenal dengan gula-gula getah ini bukan? Kalau zaman kanak-kanak dulu gula-gula ini sudah menjadi seperti pertandingan untuk berlawan membuat belon darinya.

Malah, ia boleh hasilkan tiupan belon yang besar yang membuatkan ramai menyukai dan seronok dengannya. Difahamkan, ia masih boleh didapati dari kedai dalam talian.

6. Cadbury Bytes

Image via 99 xyz

Cadbury Bytes ialah wafer kecil yang dipenuhi dengan inti coklat yang cukup lazat. Malangnya, menurut artikel ini, ia telah dihentikan pada tahun 2011 selepas Kraft Foods mengambil alih Cadbury kerana "tidak keutamaan perniagaan margin rendah". Kraft menumpukan usahanya pada Frito Lays kerana pasaran untuk itu lebih tinggi.

7. Eyeglass chocolate candy

Image via Malaysia Chocolates

Kalau sekarang kita mempunyai M&M's, dulu kita mempunyai eyeglass chocolate yang menjadi kegilaan kanak-kanak. Rupa bungkusan ini adalah berbentuk cermin mata dan di dalam bulatannya mempunyai beberapa coklat.

8. Fruit-tella

Image via SNACKIN WORLD (YouTube)

Fruit-tella adalah gula-gula yang datang dalam pelbagai perisa. Ia juga seakan-akan Sugus di mana anda perlu membuka bungkusan plastik dan menikmatinya. Gula-gula ini adalah mudah untuk dikunyah dan sehingga kini tidak dapat menjumpainya.

9. Wall's Moo ice cream

Image via @nazzypatz (Twitter)

Aiskrim wall's 'Moo' datang dalam bentuk melengkung dengan perisa susu vanila dan coklat yang kelihatan seperti rupa pada badan lembu. Ia pernah dijual di kedai-kedai runcit di merata-rata tempat, tetapi ia nampaknya telah hilang. Tidak banyak maklumat mengenai ke mana ia pergi tetapi beberapa peminat menyebut bahawa ia mungkin telah dihentikan.

10. Wall's Viennetta

Image via Tribun News

Aiskrim kek ini sangat popular ketika dulu. Ia mengejutkan semua orang apabila aiskrim ini membuat kemunculan semula pada tahun 2019. Namun, tiada siapa yang tahu mengapa ia dihentikan atau mengapa ia kembali.

Susah betul nak cari jajan-jajan ni sekarang, banyak yang dah tak keluarkan :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment