seismik

Tak Perlu Rasa Segan Lagi, Ini 7 Gimnasium Sekitar KL & Selangor Khas Untuk Para Wanita

Bersenamlah dengan bebas girls!

Cover image via Curves & Shutterstock

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bersenam adalah salah satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan kita. Banyak sebenarnya manfaat yang kita boleh dapat darinya.

Tambahan lagi jika anda berazam mahu menurunkan berat badan dan ingin fokus dalam penjagaan tubuh badan tahun ini. Pergi ke gim adalah salah satu perkara yang penting.

Tetapi khas buat wanita, kadangkala mereka merasa segan untuk bersenam di gim kerana selalunya ia dipenuhi dengan kaum lelaki dan itu membuatkan mereka tidak selesa.

Namun, tahukah anda sebenarnya terdapat gim khas untuk para wanita di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor?

Jom lihat antara 7 gim itu di bawah:

1. KOA Fitness

Image via KOA Fitness
Image via Lifestyle Asia

KOA Fitness ialah gim terbuka untuk semua wanita yang turut menawarkan kelas dan latihan peribadi. Latihan ini diprogramkan khusus untuk wanita dan diajar oleh jurulatih wanita. Sama ada anda seorang pemula atau veteran, mereka mempunyai kelas untuk semua tahap kecergasan, menyegarkan dan membuat jantung anda berdebar-debar!

Alamat:
B-G-07, Gateway Corporate Suites,
1 Jalan Desa Kiara, Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

2. Curves

Image via Curves
Image via Curves

Curves mempunyai cawangan di seluruh Lembah Klang serta satu di Kuching dan Perak. Mereka menawarkan latihan keseluruhan badan dan latihan kekuatan untuk wanita dari semua peringkat umur.

Kelas mereka yang paling popular terdiri daripada litar 30 minit yang bertujuan untuk melatih setiap kumpulan otot utama dengan latihan kekuatan, kardio dan regangan.

Antara 7 cawangan Curves:

– Bandar Sri Damansara, KL

– Bandar Utama, PJ

– Bukit Jelutong, Selangor

– Kota Damansara, PJ

– Bandar Metro, Kuching

– Seri Manjung, Perak

– Wangsa Maju, KL

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

3. Phillip Wain

Image via Time Out
Image via Phillip Wain

Ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 1977, Phillip Wain ialah kelab kesihatan dan kecantikan yang sejak itu telah mengembangkan cawangan ke negara lain, termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand.

Mereka menawarkan pelbagai jenis latihan kecergasan dan kelas aerobik. Mereka juga mempunyai gim serba lengkap yang direka khusus untuk wanita. Selain daripada melakukan senaman, anda boleh mendapatkan rawatan badan, rawatan muka, urutan dan berehat dalam spa di sana.

Alamat:
KL ECO City
Level 2, Mercu 2, 3, Jalan Bangsar,
KL ECO City, 59200 Kuala Lumpur

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

4. My Addict Fitness

Image via Classpass
Image via Classpass

Terletak di Desa Parkcity, My Addict Fitness menyediakan kelas kecergasan berkumpulan, seperti yoga, yoga udara serta latihan peribadi. Tidak kira di mana pun tahap kecergasan anda, gim ini mengalu-alukan semua orang untuk datang. Mereka juga mempunyai kawasan fisioterapi dan pemulihan.

Alamat:
H-1-15, Plaza Arkadia Jalan Intisari Perdana,
Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.

5. Lola Fitness Studio

Lola Fitness Studio menawarkan kelas jazzercise, tetapi mereka juga mempunyai latihan kekuatan dan kelas latihan peribadi yang tersedia. Antara kelas lain yang mereka tawarkan adalah termasuk yoga, Tabata dan Zumba.

Alamat:
G67, 1, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

6. STOMP Fitness Studio

Image via Gym.my
Image via Stomp Fitness

Sama ada anda gemar menari atau lebih suka kelas jenis litar kecergasan, STOMP Fitness Studio mempunyai semuanya. Mereka menyediakan jazzercise, Tabata, Zumba, serta mobiliti dan regangan. 

Alamat:
STOMP PJ
30-3 (tingkat 2), Jalan 14/22,
46100, Petaling Jaya, Selangor


STOMP Bandar Sri Damansara
5-2 (tingkat 2), Jalan Ara SD7/3A,
Bandar Sri Damasara, 52200, Selangor

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

7. Feminine Fitness Force

Image via Ceria Sihat

Feminine Fitness Force menawarkan pelbagai jenis dan bentuk senaman mengikut pilihan anda. Mereka mewujudkan gaya hidup sihat wanita dan program tenaga kecergasan dari semua peringkat umur untuk bersenam.

Alamat:
Suria Jelutong, Block A, Jalan Bazar U8/99,
Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Lepas ni lebih selesalah sikit kaum wanita nak bersenam! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: