seismik

Khas Buat Bakal Pengantin, Ini 7 Warna Tema Majlis Perkahwinan Yang Paling 'In' Tahun Ini

Lawa-lawa semuanya!

Cover image via @mirafilzah (Instagram) , Pengantin Baru , @fashasandha (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Musim cuti persekolahan dan hujung tahu adalah musim ramai yang memilih tarikh untuk melangsungkan perkahwinan mereka

Bukan apa, pada masa ini sangat sesuai diadakan majlis perkahwinan kerana ramai yang memilih untuk bercuti dan berehat. Jadi, mudahlah sikit nak jemput.

Buat bakal pengantin yang masih tercari-cari warna apakah rasanya yang sesuai untuk teman majlis perkahwinan mereka, ini antara warna yang anda boleh fikirkan. Jom lihat di bawah:

1. Baby blue

Warna baby blue ini kelihatan tenang dan sangat sesuai untuk dekorasi yang luas. Sangat sesuai buat bakal pengantin kerana warna ini juga merupakan pilihan ramai pada tahun ini.

2. Kuning diraja

Antara warna yang outstanding buat bakal pengantin adalah kuning diraja. Warna kelihatan terang dan dapat menceriakan suasana. Malah, pengantin juga tidak akan tenggelam jika memakai warna ini.

3. Mint green

Image via Pengantin Baru
Image via Dicas de Mulher

Bagi bakal pengantin yang suka warna pastelmint green sangat sesuai untuk anda. Warna ini menjadi kegemaran ramai dan sangat popular dalam majlis perkahwinan. Tengok warna dia pun dah menarik.

4. Coklat cair

Image via Meizipro
Image via Arecadiy

Walaupun warna ini jarang dilihat, tetapi sebenarnya warna ini unik kerana tidak ramai yang memilihnya. Warnanya yang sangat lembut sangat sesuai untuk baju ataupun pelamin pengantin.

5. Ungu cair

Image via Salaam Buzzkini
Image via Kbirispdr

Bagi anda yang meminati warna terang dan tidak terlalu vibrant, pasti anda akan suka warna ini. Ia mempunyai keunikan tersendiri membuatkan sesiapa saja pasti menyukai warna ungu ini.

6. Kelabu

Warna kelabu bukanlah warna asing lagi dalam majlis perkahwinan kerana kita sering juga melihatnya. Tetapi untuk warna pelamin, ia agak ‘rare’ sedikit kerana warna kelabu ini sedikit gelap. Namun, jika anda mahu mencubanya tidak salah asalkan kena dengan dekorasinya!

7. Maroon

Image via Kahwinmall

Dah boleh terbayang dah kan rasanya jika warna tema baju anda adalah maroon. Confirm meletop! Warna maroon ini juga mampu menaikkan seri suasana majlis anda jika pandai digandingkan dengan beberapa warna lagi. Mesti cantik!

Buat bakal pengantin, ini adalah masa anda untuk menyerlah. Selamat pengantin baru! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: