seismik

Cantik & Berbaloi, Ini Antara 7 Hotel Yang 'Insta-Worthy' Di Penang Untuk Percutian Anda

Lawa habis!

Cover image via Remote Lands & Agoda

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sektor pelancongan kini dilihat sudah mula dibuka untuk merancakkan kembali selepas lebih setahun tidak beroperasi kerana Covid-19

Disebabkan itu, orang ramai tentu tidak melepaskan peluang ini untuk bercuti bersama keluarga atau rakan mereka. Tambahan lagi, kebenaran rentas negeri juga sudah dibenarkan.

Namun, perlulah diingatkan agar terus menjaga keselamatan dan kebersihan diri bagi memutuskan rantaian wabak berbahaya ini.

Bagi anda yang ingin bercuti ke Penang tetapi masih tercari-cari hotel yang berkenan, jom lihat antara hotel insta-worthy yang kami senaraikan di bawah ini.

1. Tien Hotel Residence

Image via Oriental Daily
Image via Trip Advisor

Diluar bangunannya kelihatan seperti biasa saja, tetapi bila anda menjejakkan kaki di dalam ruangan hotel anda pasti tidak percaya melihatnya. Hotel ini diberikan sentuhan gaya moden dan design yang urban membuatkan anda tertarik di setiap sudut.

Alamat: 348, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang.

2. Hotel Jen Penang

Image via Traveloka
Image via Trip Advisor

Hotel ini terletak di tengah-tengah Tapak Warisan Dunia UNESCO di Georgetown, bersebelahan dengan bangunan KOMTAR, 1st Avenue Shopping Mall dan Prangin Mall.

Pemandangan dari bilik hotel ini juga akan membuatkan anda jatuh cinta. Malah, mereka juga menggunakan hiasan dan konsep moden di dalamnya.

Alamat: Magazine Rd, George Town, 11900 George Town, Pulau Pinang.

3. Areca Hotel

Image via Trip Advisor

Jika anda masuk ke dalam ruangan bilik hotel ini, anda akan melihat struktur binaan sejarahnya yang dijaga dengan sangat teliti. Lantainya juga dihiasi dengan jubin berwarna-warni membuatkan anda tidak jemu melihatnya.

Alamat: 5, Jalan Khoo Sian Ewe, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang.

4. Museum Hotel

Image via Agoda
Image via Agoda

Dari luar anda dah boleh nampak reka bentuk hotel ini yang begitu klasik dan moden. Dekorasi hotel ini penuh dengan gaya antik yang membuatkan kita terasa seperti tinggal di zaman dahulu.

Alamat: Penang Island, No 72 Jalan A.S. Mansor, off Transfer Road, Jalan Ariffin, 10050 George Town, Pulau Pinang.

5. Hotel Neo Plus

Image via Agoda
Image via Trivago

Jika dilihat pada rekaan dalaman hotel ini, mereka menggunakan gaya moden pada sekitarnya. Malah, penggunaan warna-warna natural pada beberapa bahagian dekorasi untuk menghidupkan lagi suasana bilik.

Alamat: 68, Jalan Gurdwara, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang.

6. Cheong Fatt Tze - The Blue Mansion

Image via Trip Advisor

Hotel ini pernah memenangi anugerah UNESCO kerana mempunyai hiasan dalaman yang cantik dan perabot antik. Kawasan halamannya juga kelihatan tenang dan kemas dengan tingkap louvred, skrin berukir emas, tiang tinggi dan siling.

Alamat: 14, Lebuh Leith, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.

7. The Edison

Image via Crisp Of Life
Image via Crisp Of Life

Difahamkan, struktur hotel ini pada asalnya ialah rumah mewah kepada seorang hartawan sebelum ia ditukar menjadi hotel. Sehingga hari ini mereka masih mengekalkan struktur bangunan ini dengan menambah baik kepada moden untuk pengunjung yang menginap di sini.

Alamat: 15, Lebuh Leith, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.

Cantik-cantik semua tempat ni. Apa lagi guys, tempah cepat! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: