Ini Antara Aplikasi Untuk Tempah Hotel & Penginapan Wajib Ada Dalam Telefon Pintar Anda
Lebih senang guna apps ini.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum tahu, sekarang sektor pelancongan sudah mula beroperasi seperti biasa dengan mengikut operasi standard (SOP) yang ditetapkan
Dalam pada kita semua sibuk bercuti, jangan pernah leka dengan kebersihan dan keselamatan diri semasa berada di luar kerana kita masih belum menang melawan Covid-19.
Pun begitu, jika dilihat sekarang hotel-hotel sudah mula penuh ditempah ramai. Malah, ada yang sanggup menempah berbulan awal bagi mengelak tempat penginapan penuh.
Sebenarnya ada banyak aplikasi tempahan penginapan yang anda boleh guna untuk menempah tempat kegemaran anda. Jom kami kongsikan antara aplikasi yang wajib anda download.
1. Booking.com
Booking.com adalah antara aplikasi tempahan penginapan popular yang menjadi pilihan ramai. Ia kerana kadangkala anda boleh mendapatkan harga lebih murah berbanding di website penginapan itu sendiri. Proses tempahannya juga sangat cepat.
3. Trip.com
Trip.com adalah agensi pelancongan dalam talian antarabangsa. Ia dimiliki oleh Trip.com Group iaitu salah satu agensi pelancongan dalam talian terbesar di dunia dengan lebih 400 juta pengguna. Anda juga boleh menempah hotel dengan harga yang berpatutan di sini.
4. Traveloka
Traveloka ialah syarikat yang berasal dari Indonesia dengan menyediakan perkhidmatan tiket penerbangan dan tempahan hotel dalam talian. Mereka juga sudah mula memperkenalkan produk baru dengan perkhidmatan gaya hidup, seperti tiket tarikan, aktiviti, penyewaan kereta dan baucar restoran.
5. Hotels.com
Hotels.com adalah aplikasi menempah bilik hotel dalam talian dan melalui telefon. Syarikat itu mempunyai 85 laman web dalam 34 bahasa dan menyenaraikan lebih 325,000 hotel di lebih kurang 19,000 lokasi. Inventorinya termasuk hotel serta beberapa kondo dan jenis penginapan komersial yang lain.