seismik

“Tenang & Indah” - Ini Antara 7 Lokasi Air Terjun Popular & Menarik Yang Ada Di Selangor

Best ni dapat mandi dengan family.

Cover image via Kembara Kebaya & Ku Kuvzy

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Percutian adalah salah satu perkara yang menyeronokkan kerana kita dapat menghilangkan rasa bosan dan stres selepas bekerja

Tambahan lagi jika dapat bercuti bersama orang tersayang seperti ahli keluarga dan pasangan bukan. Ia akan menjadi memori yang penuh bermakna.

Namun bukan semua orang suka mengambil masa percutian mereka dengan travel saja, tetapi ada yang suka melakukan aktiviti kesukaan mereka seperti hiking dan mandi di air terjun.

Untuk orang Selangor, tahukah anda sebenarnya banyak tempat air terjun yang menarik anda boleh kunjungi.

Berikut adalah antara 7 tempat air terjun menarik di Selangor:

1. Air Terjun Pisang

Image via Visit Selangor

Air Terjun Pisang merupakan antara air terjun popular di Selangor kerana airnya memang jernih. Kawasan mandi mandanya pula tidaklah terlalu besar tetapi lebih daripada mencukupi untuk aktiviti berendam.

Namun, difahamkan di sini tiada kemudahan asas seperti tandas atau bilik persalinan. Jadi, seeloknya bawalah barangan yang diperlukan jika anda mandi di sini.

Alamat: Kampung Gombak, 48200 Rawang, Selangor.

2. Air Terjun Serendah

Image via Lagenda Press

Air terjun di sini akan menjadi meriah jika tibanya waktu hujung minggu. Walaupun ia hanya sebuah air terjun yang kecil, tetapi pemandangan air terjun di sini dapat menarik perhatian kita dan sangat sesuai untuk dijadikan destinasi anda sekeluarga menenangkan fikiran atau bersantai menikmati udara segar.

Alamat: Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, Selangor.

3. Air Terjun Sungai Gabai

Image via Visit Selangor

Kejernihan air sungai di sini pasti akan dapat memikat hati anda. Malah, banyak kemudahan yang disediakan seperti adalah pondok tempat berteduh untuk pengunjung, penjaga parking yang memudahkan urusan pengunjung serta tandas dan surau yang bersih untuk digunakan.

Alamat: Air Terjun Sungai Gabai, Selangor, 43100 Hulu Langat, Selangor.

4. Air Terjun Sungai Tua

Image via Lurve Aloevera

Air Terjun Sungai Tua merupakan antara tempat yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti bersama keluarga. Lokasinya juga bersebelahan dengan taman rekreasi dan menjadikan ia lebih istimewa berbanding kawasan air terjun yang lain.

Alamat: B23 Jalan Hulu Yam Bharu - Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.

5. Air Terjun Kanching

Image via Lagenda Press

Air Terjun Kanching terletak di sempadan Kuala Lumpur dan Rawang, Selangor. Anda akan melalui laluan pintas “Rawang bypass” berhampiran air terjun,

Pengunjung dapat menikmati keindahan alam seperti Pokok Giam Kanching yang merupakan sejenis pokok endemic, hanya tumbuh di kawasan itu sahaja.

Alamat: Kilometer 17, Jalan, Jalan Rawang, Templer Baiduri, 48000 Rawang, Selangor.

6. Air Terjun Sungai Chiling

Image via GoKelah

Jika anda berkunjung ke Air Terjun Sungai Chiling, anda berpeluang merasai pengalaman menyeberang sungai pada kedalaman paras peha hingga pinggang dengan aliran air agak deras. Suasananya sangat indah dan menenangkan.

Alamat: 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

7. Air Terjun Kemensah

Air Terjun Kemensah terkenal dengan kejernihan airnya, kawasan yang kurang berbatu dan terdapat kolam takungan air.

Ia juga dilengkapi dengan kemudahan chalet yang sangat selesa menjadikan kawasan ini sering dipenuhi pengunjung.

Alamat: Jalan Kampung Orang Asli, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor.

Seronok kalau dapat pergi dengan keluarga kan? Apa lagi set the date okay :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: