Ini Antara Senarai Tempat Camping Menarik Yang Anda Boleh Cuba Di Sekitar Selangor. Wow!
Ajak kawan-kawan korang!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi anda yang suka akan keindahan alam sekitar sambil menghirup udara segar, berkhemah adalah salah satu cara anda mendapatkan semua ini
Bukan apa, kebiasaannya orang akan berkhemah di tempat-tempat yang penuh dengan alam semula jadi. Jadi, dapatlah feel dia tu kan. Tambahan lagi, sambil melihat bintang-bintang yang berkelipan di waktu malam.
Pasti ada di antara anda yang masih tercari-cari dekat mana tempat yang sesuai nak rasai semua ini kan? Jangan risau, sebenarnya banyak tempat yang anda boleh berkhemah terutamanya dalam Selangor. Jom kita lihat!
1. Air Terjun Sungai Chilling
Air terjun Sungai Chiling adalah tempat yang bagus untuk berkhemah pada waktu hujung minggu bersama keluarga dan rakan anda. Jika anda sampai awal, anda boleh mendapatkan spot yang bagus untuk berkhemah. Di sini juga terdapat tandas yang bersih untuk digunakan.
Alamat: 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.
2. Taman Alam Kuala Selangor
Jika anda berada di sini, anda akan melihat sendiri pelbagai spesies burung liar. Terdapat 156 spesies burung dan 57 daripadanya adalah burung dari luar negara seperti Rusia dan Siberia. Nikmatilah udara yang segar dan tenang sekiranya anda bermalam di sini.
Alamat: Taman Alam Kuala Selangor, Jalan Klinik, 45000, Kuala Selangor.
3. FRIM Camping Ground
Tapak Perkhemahan Perah merupakan salah satu kawasan yang popular di FRIM untuk melakukan aktiviti berkumpulan terutamanya aktiviti alam sekitar berkaitan alam.
Malah, ia juga dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan untuk aktiviti rekreasi luar seperti dapur, dewan, chalet, tandas, bangku dan larian berhalangan. FRIM juga menawarkan pelbagai peralatan untuk disewa seperti khemah, beg tidur, teropong, dan kompas di tapak perkhemahan.
Alamat: 343, Jalan Foxworthy, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 52100 Kuala Lumpur, Selangor.
4. Rumah Kebun Camping Ground
Bagi anda yang baru saja berjinak dalam dunia perkhemahan, apa kata anda cuba ke Rumah Kebun Camping Ground ini. Tempat ini terdapat banyak kemudahan seperti tandas yang selesa dan hot shower ala-ala hotel, malah khemah yang disediakan turut mempunyai tilam dan bantal.
Alamat: Kampung Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor.
5. Pusat Rekreasi Sungai Congkak
Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuk berkhemah, berkelah, BBQ dan mandi-manda. Tempat ini juga sesuai jika anda bersama kumpulan kecil (keluarga & rakan-rakan) mahupun dalam kumpulan besar.
Alamat: Batu 20, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor.
6. Resort Taman Rimba Komanwel
Selain berkhemah, resort ini juga menawarkan aktiviti BBQ dan berperahu, dan terdapat juga kafe yang menyajikan hidangan tempatan.
Suasana hening dengan kicauan burung dalam kehijauan rimba di kawasan yang merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Kanching itu, tentunya berupaya menghilangkan kekusutan dan membawa pengunjung melupakan seketika tekanan dan hiruk-pikuk di kota tanpa perlu memandu jauh.
Alamat: Kilometer 23, Jalan Kuala Lumpur – Rawang, 48000 Rawang, Selangor.
7. The Nest @ MAEPS
Ini adalah tapak perkhemahan terdekat yang anda boleh dapatkan dari Kuala Lumpur. Terletak di Serdang, dalam Lembah Klang, tapak perkhemahan ini adalah permulaan yang baik jika anda ingin mencuba perkhemahan bersama anak-anak anda tanpa perlu risau. Mereka menganjurkan semua jenis bengkel, sangat berpengetahuan, oleh itu anda akan belajar banyak dari sana.
Alamat: UPM, 43400 Seri Kembangan, Selangor.