Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini 15 Senarai Keperluan Yang Boleh Dibawa Jika Anda Diarah Kuarantin Di MAEPS. Penting!

Jangan lupa share pada keluarga dan kawan-kawan untuk peringatan bersama.

Susulan peningkatan kes wabak maut Covid-19, kerajaan telah memutuskan bagi sesiapa yang didapati positif tahap 1 dan 2 perlu dikuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS)

Hal ini bertujuan untuk mereka mendapatkan rawatan yang penuh sehingga betul-betul pulih dan pada masa yang sama dapat membendung wabak ini dari berterusan menular.

Buat anda yang pertama kali diarah untuk dikuarantin di MAEPS sudah pastinya perlu membawa barangan peribadi serta keperluan harian supaya berasa selesa sepanjang berada di sana.

Walau bagaimanapun, mungkin dalam keadaan kelam kabut dan tidak bersedia untuk dikuarantin jauh dari rumah membuatkan anda agak serabut serta tidak tahu apa yang perlu dibawa.

Oleh itu, di sini kami akan kongsikan beberapa senarai keperluan yang penting untuk anda bawa jika diarah kuarantin di MAEPS:

1. Stok makanan & minuman

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wanderlust DJ (Blog)

Walaupun makanan disediakan untuk pesakit di MAEPS tiga kali sehari, namun pastinya anda perlukan sesuatu untuk dikunyah semasa berada di pusat kuarantin.

Anda boleh membawa makanan dan minuman seperti biskut, roti, Maggie cup, air kotak, mineral dan snek-snek sebagai stok selama beberapa hari di sana.

2. Mug atau cawan

Gambar sekadar hiasan.

Image via howtodogood.com

Mug dan cawan juga penting jika anda ada membawa minuman 3 in 1 atau makanan segera seperti Nescafe, Milo dan lain lain.

Selain itu, membawa mug atau cawan adalah inisiatif anda sendiri dan penting supaya anda tidak berkongsi dengan pesakit lain walaupun pusat kuarantin menyediakan peralatan yang cukup.

3. Tuala & peralatan mandian

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wow Keren

Menjaga kebersihan diri amatlah penting, lebih-lebih lagi anda yang berada di pusat kuarantin dan berisiko untuk mudah terdedah dengan bakteria terutamanya golongan kanak-kanak serta orang tua.

Justeru itu, sila pastikan anda membawa tuala dan peralatan mandian yang cukup sepanjang proses kuarantin berjalan di MAEPS. 

4. Telekung, kain pelikat & sejadah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Trip Advisor

Bagi anda yang beragama Islam, sudah semestinya anda digalakkan untuk membawa kain pelikat, telekung dan sejadah sendiri.

Hal ini bertujuan supaya anda dapat mengelakkan daripada berkongsi barang peribadi dengan pesakit lain.

5. Ubat-ubatan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Bagi golongan yang berisiko tinggi seperti kencing manis, darah tinggi dan asma, anda digalakkan untuk membawa ubat-ubatan sendiri yang telah mendapat pengesahan oleh doktor.

Ini bertujuan supaya sekiranya berlaku apa-apa kecemasan ketika dikuarantin, ia dapat membantu petugas barisan hadapan untuk memberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital.

6. Baju panas & stoking

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pinterest

Seperti yang anda sedia maklum, pusat kuarantin ini dilengkapi dengan sistem penghawa dingin yang bukan semua orang boleh tahan dengan suhu kesejukannya.

Oleh itu, anda dinasihati untuk membawa baju panas seperti jaket, sweater atau hoodie dan juga stoking tebal bagi membantu untuk memanaskan badan.

7. Pakaian lebih

Gambar sekadar hiasan.

Image via Qissara Dot Com (Blog)

Walaupun baju wad disediakan oleh pusat kuarantin, anda juga perlu standby beberapa pasang pakaian lebih jika baju untuk pesakit kehabisan stok.

Hal ini kerana kadangkala jumlah pesakit harian terlalu ramai sehingga pusat kuarantin tidak dapat menyediakan pakaian wad yang secukupnya.

8. Pouch bag

Gambar sekadar hiasan.

Image via Carousell

Pouch bag adalah penting untuk anda meletakkan barangan peribadi seperti telefon, jam tangan, beg dompet, duit, barang kemas, cable charger dan sebagainya.

Ini bertujuan untuk memudahkan anda menyimpan barang-barang tersebut dalam keadaan yang selamat dan mengelakkan sebarang kecurian berlaku.

9. Selimut tebal

Gambar sekadar hiasan.

Image via Gaya Hidup

Bagi yang tidak tahan sejuk, anda disarankan untuk membawa selimut tebal supaya dapat memastikan keselesaan semasa berada di sana.

Ini juga merupakan salah satu cara untuk memanaskan badan jika anda tidak mempunyai baju panas dan stokin tebal.

10. Pelitup muka

Gambar sekadar hiasan.

Image via Omnia Health Insights

Pelitup muka sudah menjadi sebahagian daripada norma baru sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia tahun lalu.

Justeru, anda wajib memakainya sepanjang masa di pusat kuarantin memandangkan di sana lebih ramai yang bergejala tinggi dan kita tidak tahu sama ada orang sekeliling sudah benar-benar pulih atau belum.

11. Tuala wanita

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wikipedia

Bagi yang mengalami haid semasa sedang dikuarantin, anda diingatkan untuk membawa tuala wanita secukupnya. 

Ini adalah supaya anda tidak perlu meminta kepada petugas barisan hadapan atau pesakit lain jika berlaku apa-apa kecemasan.

12. Bahan bacaan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bukalapak

Kalau anda bosan dan tidak tahu nak buat apa di sana, selain daripada bermain gajet anda juga boleh membawa bahan bacaan seperti Al-Quran, novel dan buku-buku ilmiah.

Ini secara tidak langsung dapat mengisi masa lapang dan menenangkan hati anda ketika berada di sana.

13. Selipar

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wardah Media

Anda digalakkan untuk membawa selipar sendiri supaya memudahkan pergerakan ke tandas, ruang solat dan melakukan sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak MAEPS.

Untuk memastikan keselamatan terjaga, pastikan selipar anda tidak licin mempunyai tapak yang tebal.

14. Plug extension

Gambar sekadar hiasan.

Image via Depositphotos

Bagi memudahkan anda mengecas telefon atau gajet lain, anda boleh membawa plug extension jika ruang yang disediakan atau sharing point di dalam bilik kuarantin sudah penuh.

Untuk menjaga keselesaan dan keselamatan pesakit lain, anda juga perlu tahu barang elektrik yang berkuasa tinggi seperti hair dryer dan laptop tidak boleh digunakan kerana bekalan elektrik pernah terputus di sana.

15. Duit

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tanya Peguam Anda

Anda perlu menyediakan duit secukupnya jika ada caj yang dikenakan sepanjang tempoh kuarantin di sana.

Menurut salah seorang bekas pesakit di MAEPS, kos discharge adalah tanggungan sendiri dan duit perlu disediakan untuk tambang balik. Pesakit akan dimaklumkan sehari sebelum pelepasan keluar dan slip discharge akan diberikan.

Dengan senarai di atas, kini anda tidak perlu risau tentang keperluan yang harus dibawa jika anda diarah kuarantin di MAEPS. #KitaJagaKita

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkaitan Covid-19 hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment