Ini 5 Tema Warna Baju Raya Paling Top Tahun 2023, Anda Team Mana?
Semua warna cantik-cantik!
Bulan Ramadan bakal berakhir beberapa hari saja lagi, semestinya sudah ramai di antara anda sudah membeli baju raya bukan?
Image via VITDAILY
Bagi yang sudah berkeluarga, mestilah nak pakai sedondon dengan pasangan dan anak-anak. Apalah makna raya kalau satu keluarga tidak sepakat pakai tema warna yang sama betul tak?
Dengar cerita tahun ini banyak warna pastel yang menjadi pilihan ramai. Berdasarkan pemerhatian di media sosial, lima warna ini yang paling top dan cepat betul sold out di semua kedai.
Tak boleh jadi ni! Siapa yang belum ada baju raya lagi tu, mungkin anda boleh lihat artikel penuh ini dan pilih warna tema anda pula.
1. Sage green
Image via @hijabista.hub (Instagram)
Warna sage green adalah warna yang sedang trending dalam dunia fesyen sekarang ni. Bukan baju kurung dan Melayu saja, malah banyak dress dan kemeja yang dijual dengan warna ini. Mungkin kerana tona warnanya yang lembut dan sedap mata memandang membuatkan ramai terpikat untuk memilih sage green berbanding warna hijau yang lain.
2. Lilac purple
Image via @myravallyn (Instagram)
Siapa je yang tak suka dengan warna lilac ini kan? Ia adalah salah satu warna pastel yang paling ramai minat. Malah, ia menyerlahkan lagi ciri-ciri feminin buat wanita yang memakainya. Tak perlu design yang berat-berat, pakai plain pun dah cantik!
3. Baby blue
Image via @myravallyn (Instagram)
Selain warna navy blue, baby blue juga antara warna yang semakin popular sekarang ini. Golongan muda lebih suka memakai warna ini berbanding golongan berusia. Warna baby blue adalah warna pastel yang lembut dan memberikan vibes ketenangan. Kalau pakai sedondon dengan suami dan anak yang masih kecil, memang comel!
4. Maroon
Image via @hijabista.hub (Instagram)
Bagi yang kurang gemar warna pastel dan ingin memakai something bold raya tahun ini, anda boleh gayakan baju kurung dan Melayu maroon. Automatik nampak elegan dan sangat mewah tau. Banyak koleksi pakaian raya dengan pelbagai jenis rekaan boleh digayakan dengan warna ini.
5. Nude
Image via @myravallyn (Instagram)
Antara warna lain yang menjadi pilihan waktu raya nanti adalah warna nude atau cream. Ramai yang menjadikan warna ini sebagai tema sebab senang nak padankan dengan kasut atau tudung. Ini adalah warna selamat dan boleh dipakai pada hari-hari biasa juga. Tak adalah terlalu menyerlah untuk dipakai, nak pakai pergi kerja pun cantik.
Cantik-cantik kan semua warna ni? Anda team mana? Kalau belum beli baju raya, masih sempat lagi ni! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment