Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini 7 Makanan Favourite Pop Meals Yang Harus Anda Cuba. Sedap & Berbaloi!

Sekali cuba pasti repeat.

Cover image via Pop Meals

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dengan menyediakan aneka makanan daripada nasi, pasta, burger dan banyak lagi, Pop Meals kini semakin menjadi pilihan orang ramai

Mempunyai hampir 30 cawangan di Malaysia khususnya di Klang Valley, Pop Meals menyediakan makanan kegemaran lokal dengan harga yang berpatutan.

Jadi, jika anda baru pertama kali ingin mencuba Pop Meals, kami senaraikan 7 makanan daripada Pop Meals yang harus anda cuba.

1. Salted Egg Buttermilk Chicken

Image via Pop Meals

Salted Egg Buttermilk Chicken sudah menjadi kegilaan ramai zaman ini. Rasanya yang berlemak ditambah lagi dengan isi ayam popcorn yang rangup memang sungguh menyelerakan. Kuah salted egg buttermilk yang pekat membuatkan ia lebih lazat.

2. Honey Soy Sesame Chicken

Image via Pop Meals

Ayam popcorn yang diselaputi honey soy sauce lalu ditabur dengan bijan, memang sedap sekali! Lagi-lagi kalau makan ketika makanan masih panas. Rasanya yang manis tetapi balanced membuatkan ramai repeat makanan ini! 

3. Spaghetti Beef Bolognese

Image via Pop Meals

Spaghetti sememangnya disukai ramai terutamanya Spaghetti Beef Bolognese daripada Pop Meals ini. Sos bolognese yang lazat ditambah lagi dengan daging lembu cincang yang lembut, anda perlu cuba makanan ini!

4. Creamy Mac & Cheese + Popcorn Chicken

Image via Pop Meals

Anda pencinta cheese? Anda wajib cuba Creamy Mac & Cheese + Popcorn Chicken daripada Pop Meals ini!  Penuh dengan cheese dan berkrim, memang tak kedekut langsung.

5. Sweet & Sour Chicken

Image via Pop Meals

Tak manis sangat dan tak masam sangat, rasa yang seimbang dan lazat membuatkan ramai orang suka makan Sweet & Sour Chicken daripada Pop Meals. Ayam popcorn yang rangup di luar dan lembut di dalam menambah lagi selera.

6. Chilli Pan Mee with Onsen Egg

Image via Pop Meals

Antara makanan bestseller daripada Pop Meals, Chilli Pan Mee with Onsen Egg ini turut mendapat perhatian ramai. Dihidang bersama telur separuh masak, ikan bilis dan ayam cincang lalu dilengkapkan lagi dengan cili kering, memang perfect!

7. Pop's Fish & Chips

Image via googleapis.com

Anda suka Fish & Chips? Jangan risau kerana Pop Meals turut menyediakan Fish & Chips yang crispy di luar, isi ikan lembut di dalam! Dihidangkan juga dengan kentang goreng serta dipping sauce melengkapkan lagi hidangan ini.

Selain daripada walk-in, anda juga boleh mendapatkan makanan daripada Pop Meals melalui laman web rasmi Pop Meals, foodpanda, GrabFood dan ShopeeFood.

Siapa yang duduk dekat Lembah Klang tu bolehlah cuba Pop Meals ini okay! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment