seismik

"Favourite Local Food" - Kedai Makan Rahmat Siakap Goreng Di Johor Ini Jadi Perhatian

Tengok gambar je dah terliur.

Cover image via Rahmat Siakap Goreng (Facebook) & SAYS Seismik

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 2 November 1986, Kedai Makan Rahmat masih menjadi kegemaran masyarakat Johor hingga kini

Jika anda merancang untuk pergi ke Johor, anda wajib singgah Kedai Makan Rahmat Siakap Goreng ini yang terletak di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.

Namun, anda jangan pula terkejut kalau nampak banyak kereta dan ramai orang beratur menunggu giliran untuk makan di kedai ini. Sejak dahulu lagi, kedai ini sudah menjadi port terkenal untuk makan tengah hari.

Bermula dari kedai makan yang sederhana, kini masih mengekalkan tradisi

Kebanyakan kedai makan akan mengembangkan perniagaan dengan membuka kedai baru atau berpindah ke tempat yang dipercayai lebih strategik ataupun besar, tetapi Kedai Makan Rahmat steady beroperasi di tempat yang sama sejak tahun 1985.

Kedai Makan Rahmat ini sering dikunjungi oleh artis-artis terkenal di Malaysia. Malah, Datin Sri Hasmah juga pernah berkunjung dan merasa sendiri masakan di kedai makan ini.

Kedai ini juga disukai ramai kerana pembinaannya yang unik di atas air yang membolehkan pelanggan menikmati pemandangan laut sambil makan.

Hidangan utama siakap goreng menjadi tarikan

Image via SAYS Seismik

Menu yang simple tapi mengenyangkan buat ramai orang repeat makan di Kedai Makan Rahmat.

Nasi putih yang panas dimakan dengan siakap goreng yang rangup di luar, isinya lembut di dalam lalu dicecah dengan sambal kicap. Fuh, memang sedap!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba hidangan mereka yang lain seperti sambal petai, sambal udang, sambal kacang ikan bilis, sambal tempeh, udang goreng dan banyak lagi. Percayalah, semuanya lazat hingga menjilat jari!

Kedai Makan Rahmat Siakap Goreng beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat

Alamat: Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor

Waktu operasi: 10:30 pagi hingga 3:30 petang

Kalau kalian pergi Johor, make sure try kedai makan ini. Pasti tak menyesal :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: