“Setia Menemani” - Budak Lelaki Tidur Sambil Video Call Dengan Member Ini Dapat Perhatian
Dah mengantuk pun tetap nak video call.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pada zaman serba teknologi ini, semua orang boleh berhubung antara satu sama lain tanpa perlu berjumpa secara bersemuka
Kita bukan sahaja boleh menghantar mesej dan call, malah boleh juga membuat video call tidak kira di mana kita berada.
Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang budak lelaki tertidur sambil video call dengan rakannya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Penat sangat sampai tertidur waktu video call dengan member
Menerusi video yang dimuat naik oleh @lysvcd di TikTok, kelihatan seorang budak lelaki sedang tidur di dalam kereta sambil video call dengan rakannya.
Apa yang meraih perhatian ramai adalah apabila rakannya itu setia menemani budak lelaki itu walaupun dia tidur dan tidak berbual dengannya.
“Bf akak pun tak teman akak sleep call macam ni dik” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 928K views, 80.4K likes dan 435 comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!