“Macam Ini Ke?” – Si Suami Sampai Bergetar Tangan Lipat Tudung Isteri Ini Undang Tawa
Apalah nasib abang ni.
Cover image via @rosehitam_ (TikTok)Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Buat wanita bertudung, tudung itu merupakan mahkota mereka dan perlu dijaga elok-elok
Jika tudung sudah digosok, maka jangan berani nak dekat-dekat dengan tudung itu. Setiap wanita juga mempunyai cara tersendiri dalam menjaga tudung mereka sama ada dari segi gosokan, basuhan dan lipatan.
Tular satu video baru-baru ini berkenaan seorang suami yang sedang melipat tudung isterinya sampai bergetar tangan telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak tahu cara sebenar lipat tudung si isteri sampai bergetar tangan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @rosehitam_ di TikTok, kelihatan seorang suami sedang melipat tudung isterinya.
Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila tangannya bergetar, mungkin sebab ketakutan. Dia juga sempat menulis "Wanita-wanita di luar sana, macam ini ke lipat tudung isteri? #binigangster".
Lebih menghiburkan hati adalah apabila lipatan tudung yang dilakukan sangat tidak memuaskan hati dan tidak kemas langsung. Apalah nasib yang menunggunya.
Image via @rosehitam_ (TikTok)
Image via @rosehitam_ (TikTok)
"Saya tak sedap hati ni bang. Harap abang tak apa-apa" – Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 893.8K views, 74.8K likes dan 2.4K comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap nasib dan cara lipatan tudung lelaki tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @rosehitam_ (TikTok)
Image via @rosehitam_ (TikTok)
Image via @rosehitam_ (TikTok)
Image via @rosehitam_ (TikTok)
Image via @rosehitam_ (TikTok)
Image via @rosehitam_ (TikTok)
Image via @rosehitam_ (TikTok)
Image via @rosehitam_ (TikTok)
Image via @rosehitam_ (TikTok)
Image via @rosehitam_ (TikTok)
