seismik

[VIDEO] Minta Tolong Ambilkan Gambar OOTD Raya, Suara Serak Anak Buah Pula Jadi Perhatian

Suara rock kapak!

Cover image via @hiohiyo (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bergambar OOTD pada Hari Raya Aidilfitri sudah menjadi satu kebiasaan buat semua orang

Mana tidaknya, semua orang mengenakan baju baru, bersolek serta berhias, pasti kelihatan cantik dan tampan.

Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang perempuan sedang posing sambil anak buahnya mengambil gambar OOTD telah mendapat perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hiohiyo

dia tak tahu tu vid so non stop lah kira 1 2 3 #fyp #raya2022

DJ Big Shaq - #STOP ASIAN HATE

Kira 1, 2, 3 nak ambil gambar tapi dia ambil video pula

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hiohiyo di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang berdiri dan posing untuk gambar OOTD yang diambil oleh anak buahnya.

Apa yang meraih perhatian ramai adalah suara anak buahnya yang kedengaran agak serak sambil mengira 1, 2, 3.

Lebih menghiburkan hati adalah apabila anak buahnya itu mengira untuk mengambil gambar tetapi yang diambilnya adalah video.

“Kalau Adu Du ada anak, inilah suara anak dia nanti” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1M views, 102.1K likes dan 879 comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Geram je dengar suara adik tu! Rasa macam nak bagi minum air pun ada :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: