[VIDEO] "Tak Tahan Gelak" - Lelaki Acah Marah Budak Kecil Merengek Ini Undang Tawa Ramai
Kan dah kena!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dapat dinafikan walaupun kanak-kanak memang comel, mereka juga ada ragamnya
Adakalanya jika mereka tidak dapat sesuatu, mereka akan mengamuk ataupun tantrum. Ia sememangnya mencabar buat ibu bapa mahupun penjaga.
Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang memarahi seorang budak lelaki di dalam kereta telah mendapat perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Geram sangat sampai terpaksa pura-pura marah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @attiicusboi di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang berada di dalam kereta bersama seorang budak lelaki.
Apa yang meraih perhatian ramai adalah apabila lelaki tersebut acah-acah marah budak lelaki yang dilihat merengek inginkan ibunya.
Lebih menghiburkan hati adalah apabila lelaki itu tidak mampu menahan tawanya selepas memarahi budak kecil tersebut. Tambahan pula, budak lelaki itu turut menangis.
“Untung bang kau marah dia terus takut. Anak buah aku kalau marah, dia gelak bang” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.9M views, 270K likes dan 4.5K comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap kejadian tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!