Gara-Gara Nak Elak Trafik Sesak, Pengguna Waze Ini Dibawa Ke Arah Jalan Penuh Semak Samun
Jalan mana lah dia bawa ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dapat dinafikan lalu lintas sememangnya sangat sesak lebih-lebih lagi pada Hari Raya
Dengan kewujudan teknologi seperti aplikasi navigasi, semua orang boleh ketahui keadaan semasa di jalan raya dan aplikasi tersebut juga bisa membantu kita mencari jalan alternatif bagi mengelak trafik sesak.
Tular satu video baru-baru ini, berkenaan seorang pengguna aplikasi navigasi Waze melalui kawasan semak samun telah meraih perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak elak trafik sesak punya pasal, habis kena redah semak samun
Menerusi video yang dimuat naik oleh @pusyenn93 di TikTok, kelihatan seorang pengguna aplikasi navigasi Waze sedang dalam perjalanan ke destinasi yang tidak diketahui.
Apa yang mengejutkan netizen adalah apabila kereta yang dipandu itu melalui kawasan semak samun akibat mengikut navigasi yang diberikan oleh aplikasi tersebut.
Lebih mengejutkan adalah apabila ‘jalan dalam’ tersebut dihalang oleh pagar dan jalan raya yang dikatakan sesak itu sebenarnya tidak sesak. Memang suatu tragedi!
“Aku pernah guna Waze dia bawa ikut kubur Siam. Bukan tepi, bukan tengah, dia suruh aku redah je atas kubur tu” - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap kejadian tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.3M views, 77.2K likes dan 3.2K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Tiktok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!