[VIDEO] “Macam Orang Tua” - Gaya Anak Kecil Salam Raya Ini Undang Tawa Netizen
Kuat betul dia tepuk ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bersalam-salaman merupakan salah satu highlight pada Hari Raya Aidilfitri
Pada hari yang mulia itulah semua orang akan saling memohon maaf dan memaafkan antara satu sama lain tidak kira tua ataupun muda.
Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok baru-baru ini memaparkan seorang budak perempuan bersalam-salaman bersama kedua ibu bapanya telah mencuri perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selesai minta maaf, peluk sambil tepuk belakang badan kuat-kuat pula
Menerusi video yang dimuat naik oleh @yaya_translator di TikTok, kelihatan seorang budak perempuan sedang bersalam-salaman dengan ibu bapa pada Hari Raya.
Apa yang mencuit hati netizen adalah apabila dia memeluk kedua ibu bapanya lalu menepuk belakang badan mereka dengan kuat seolah-olah gaya orang tua.
“Dia punya tepuk tu macam signal duit raya lebih sikit please” - Netizen
Ekoran tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.8M tontonan, 228K tanda suka dan 915 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anak kecil itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!