seismik

[VIDEO] Terkejut Dengan Mercun, Gelagat Kucing Lari Bertempiaran Ini Undang Tawa Netizen

Apalah perasaan kucing tu agaknya.

Cover image via @sabihha__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bila tiba hari perayaan tidak kiralah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina mahupun Deepavali, mercunlah yang merancakkan lagi hari-hari tersebut

Mercun sememangnya bahaya dan berisiko jika tidak berhati-hati semasa bermain. Namun, ia juga boleh menjadi aktiviti keluarga jika langkah-langkah keselamatan diambil kira dengan baik.

Tular satu video baru-baru ini memaparkan gelagat seekor kucing yang lari bertempiaran apabila berdepan dengan mercun.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sabihha__

orang nak bakar mercun la ko sibuk nak lalu #fyp

bunyi asal - sabihasahira - sabihasahira

Waktu orang nak bermain mercunlah dia sibuk nak melintas

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sabihha__ di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang membakar mercun.

Apa yang menghiburkan netizen adalah apabila seekor kucing tiba-tiba melintas berdekatan mercun tersebut.

Lebih melucukan adalah apabila kucing itu kelihatan terkejut dengan mercun lalu lari bertempiaran.

“Tak sekarang ni kenapa dia patah balik ke mercun tu” - Netizen

Ekoran tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 3.5M tontonan, 508.8K tanda suka dan 7.2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi kucing tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam-macam lah perangai kucing ni. Geram!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: