seismik

“Tak Senonoh” - Lelaki Mengintai Di Tingkap Dapur Sambil Onani Ini Undang Kecaman Netizen

Harap pihak berkuasa berjaya tangkap lelaki ini.

Cover image via @BangBunn (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Rumah merupakan tempat untuk kita berehat dan berlindung daripada marabahaya

Namun, ada sesetengah orang tidak dapat menikmati perkara tersebut akibat perangai manusia yang tidak bertamadun.

Tular satu video baru-baru ini, berkenaan seorang lelaki mengintai di tingkap dapur rumah sambil beronani telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Rumah yang sepatutnya menjadi tempat berlindung tidak lagi selamat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @BangBunn di Twitter, kelihatan seorang lelaki sedang mengintai di dapur sebuah rumah dipercayai terletak di Seksyen 23, Shah Alam. Kejadian ini berjaya dirakam CCTV.

Apa yang membuatkan netizen marah adalah apabila lelaki tersebut selamba berkelakuan tidak senonoh dengan beronani di belakang rumah mangsa. Aksi lelaki tersebut mengundang keresahan para wanita dan penduduk setempat.

Berdasarkan laporan, lelaki itu disyaki bukan warga Malaysia dan usaha mengesan suspek sedang aktif dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Kesian kaum hawa kena hadap benda-benda bahaya macam ini” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen panas hati dan mengutuk sekuat-kuatnya perbuatan jijik lelaki tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 248K views, 5.8K retweets dan 3.2k likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Duduk rumah pun tak selamat sekarang ni. Hati-hati semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: