seismik

[VIDEO] Angkara CCTV Boleh Bergerak, Lelaki Ini Berang Ingatkan Jiran Menghendap Rumah

Kenapa sampai bergaduh tu.

Cover image via @TravelJimat (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pada zaman serba moden ini, pemasangan CCTV di rumah sudah menjadi kebiasaan masyarakat bagi menjamin keselamatan

Hal ini kerana ia dapat menjadi bahan bukti jika adanya perkara yang tidak diingini berlaku. Contohnya, pecah masuk rumah ataupun kemalangan di hadapan rumah.

Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki mengamuk di hadapan rumah jirannya akibat CCTV yang boleh bergerak telah meraih perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

CCTV canggih boleh bergerak undang fitnah jiran tetangga

Menerusi video yang dimuat naik oleh @TravelJimat di Twitter, kelihatan seorang lelaki sedang mengamuk di hadapan rumah jirannya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku kerana CCTV yang dipasang di rumah jirannya itu boleh bergerak dan dihalakan ke rumahnya. Lelaki tersebut berasa tindakan jirannya itu mengganggu privasinya dan menganggap jirannya itu sengaja menghalakan CCTV ke arah rumahnya bagi tujuan menghendap.

Di dalam video tersebut juga, kedengaran lelaki itu berkata “Otak fikir sikit. Kau nak tinjau apa rumah aku? Kau nak tinjau bini aku?”.

Namun begitu, CCTV yang dipasang jirannya itu merupakan jenis yang boleh detect segala pergerakan. Oleh itu, ia akan bergerak mengikut pergerakan yang dikesan.

“Jiran rasa tak ada privacy tu yang mengamuk. Sebenarnya ada kebaikan dan ada keburukan pasang CCTV yang boleh detect motion” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 241.2K views, 2.2K retweets dan 2.6K likes di Twitter, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap insiden tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Hidup berjiran ni kenalah bertolak-ansur. Bincang baik-baik barulah masalah boleh selesai :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: