[VIDEO] “Ingatkan Gempa Bumi” - Cara Lelaki Ini Bergurau Dengan Rakan Buat Ramai Terhibur
Kesian kawan dia terkejut.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kawan-kawan merupakan antara insan yang istimewa dalam hidup kita betul tak?
Kawan selalunya ada di kala gembira dan duka. Mereka jugalah tempat untuk kita bergurau senda.
Begitu juga dengan satu video yang tular baru-baru ini, berkenaan seorang lelaki bergurau dan mengenakan rakannya yang sedang tidur telah mendapat perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tengah syok tidur, tiba-tiba dikejutkan dengan ‘gemba bumi’
Menerusi video yang dimuat naik oleh @damnyellll di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang tidur sambil duduk.
Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila datang seorang lagi lelaki yang dipercayai rakannya tiba-tiba mengangkat perutnya dan menghempaskan ke atas kepala lelaki yang sedang tidur itu tadi. Hal itu membuatkan lelaki tersebut terus tersedar dari lena.
“Ni mesti mimpi jatuh bangunan bila bangun ni” - Netizen
Ekoran tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 396.9K tontonan, 56.8K tanda suka dan 851 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi lelaki tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!