seismik

[VIDEO] “Penat Sangat Tu” - Gaya Perempuan Tidur Dalam Kereta Ini Buat Ramai Terhibur

Lama tak beraya memang macam itulah jadinya.

Cover image via @maz_lieyana88 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setelah sekian lama tidak dapat beraya, kali ini pasti kalian teruja menyambut lebaran betul tak?

Aktiviti kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara sudah menjadi norma rakyat Malaysia apabila tiba Hari Raya Aidilfitri. Kadang-kadang dari pagi hingga ke malam!

Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang perempuan sedang tidur di dalam kereta kerana kepenatan beraya telah meraih perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Akibat terlalu letih beraya sampai tertidur dalam kereta

Menerusi video yang dimuat naik oleh @maz_lieyana88 di TikTok, kelihatan seorang gadis sedang tidur di dalam kereta.

Apa yang menghiburkan hati netizen adalah gaya gadis itu tidur sambil mulutnya ternganga. Posisinya yang kelihatan amat tidak selesa turut mendapat perhatian.

Berdasarkan kapsyen, gadis itu dikatakan penat mengikut ibunya beraya.

“Macam mana dia boleh tidur macam tu? Aku tak tahulah macam mana keadaan dia selepas bangun nanti” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 3M views, 333.7K likes dan 10.8K comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Takpelah dik tidur macam tu pun, janji duit raya dapat banyak :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: